Home Top Ad

Ada 6 bilion telefon bimbit di dunia!


handphone ii
Menurut kesatuan telekomunikasi antarabangsa ITU, kini terdapat lebih daripada 6 billion pengguna telefon bimbit aktif dalam dunia ini.

Kos jalur lebar mudah alih yang lebih murah menjadi penyumbang kepada statistik tersebut.
Statistik tersebut adalah berdasarkan laporan tahunan ITU yang menyoroti impak penggunaan teknologi mudah alih kepada dunia. Di Brazil, Ghana, Rwanda dan Kenya, memperlihatkan pertumbuhan dua digit bagi pemilikan telefon bimbit pada tahun 2011. Manakala China dan India mencatatkan jumlah 1 billion pengguna telefon bimbit.

Teknologi mudah alih  seperti kos jalur lebar yang lebih murah mempercepatkan jaringan negara-negara sedang membangun.

Pemilikan jalur lebar mudah alih di peringkat global memperlihatkan sebanyak 32 peratus dan 24 peratus disumbangkan oleh negara-negara membangun pada tahun 2011.

Selain itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh firma kajian teknologi, gartner meramalkan sebanyak 1 billion unit telefon pintar akan dijual di seluruh dunia menjelang 2014.

Data daripada agensi canalys turut melaporkan lebih banyak telefon pintar dijual berbanding pc dan komputer riba pada tahun 2011. Manakala Cisco meramalkan bilangan telefon pintar akan melebihi jumlah populasi dunia.

Menurut laporan ITU, Korea selatan menduduki tangga pertama ekonomi paling maju bagi kategori teknologi komunikasi dan informasi. Menariknya, Amerika Syarikat dilaporkan berada di tangga ke-14.


Ada 6 bilion telefon bimbit di dunia! Ada 6 bilion telefon bimbit di dunia! Reviewed by Kini Trending on October 13, 2012 Rating: 5

No comments