Home Top Ad

Crazy Taxi kini di iOS.


Sega sememangnya mengeluarkan permainan video yang mendapat perhatian ramai dan trending di kalangan gamers.

Berita gembira untuk pengguna iOS, permainan Crazy Taxi kini boleh dimuat turun di iTunes.

Crazy Taxi sebelum ini diperkenalkan untuk permainan konsol seperti Play Station dan juga Xbox 360.

Permainan yang sentiasa membolehkan pemain mencari jalan terbaik dan terlaju ketika memandu teksi ini sangat menarik perhatian ramai sejak ia diperkenalkan pada tahun 1999.

Kawalan permainan ini di iPad jadi lebih menarik kerana pengguna boleh memilih untuk mengawalnya menggunakan skrin sentuh mahupun gerakan ke kiri dan ke kanan.

Bagi pengguna Android, jangan risau, pihak pembangun permainan ini akan mengeluarkan permainan ini untuk Android tidak lama lagi.


Crazy Taxi kini di iOS. Crazy Taxi kini di iOS. Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2012 Rating: 5

No comments