Home Top Ad

iPad mini ditempah 10 juta unit.


Apple telah menempah lebih 10 juta unit iPad versi yang lebih kecil atau lebih dikenali sebagai iPad mini untuk suku ke 4 tahun ini.

Berdasarkan satu laporan The Wall Street Journal, angka ini dikatakan melebihi jumlah tempahan melalui laman Amazon untuk Kindle Fire.

Sebuah pembekal yang tidak disebutkan namanya dari China telah menjadi pembekal utama untuk tablet bersaiz 7.85 inci itu.

Hingga kini Apple masih belum mengumumkan tarikh sebenar pelancaran tablet terbaru mereka itu, namun banyak khabar angin mengatakan Apple bercadang untuk melancarkannya 17 Oktober ini.

Tempahan sebanyak ini menunjukkan keyakinan Apple dalam memenuhi permintaan produknya di seluruh dunia.

Hingga 30 Jun lalu, Apple telah menjual 17 juta iPad.

Berikut ialah gambaran prototaip iPad Mini yang diperkatakan sebelum ini. Sumber

Dari pandangan bawah.

Dari Pandangan Sisi.

Pengguna menggunakan prototaip.

Pandangan Depan.

Hujung Bucu.

Bahagian Belakang iPad Mini.





iPad mini ditempah 10 juta unit. iPad mini ditempah 10 juta unit. Reviewed by Kini Trending on October 09, 2012 Rating: 5

No comments