Home Top Ad

Lif Berteknologi Tinggi "Runtuh"!

Trending di laman Youtube hari ini ialah video iklan televisyen oleh syarikat L-G.

Sempena meraikan pesta Haloween, video ini diperkenalkan untuk menunjukkan ketakutan sebenar yang boleh dicapai dengan monitor resolusi tinggi terbaru keluarannya.

Monitor LG IPS ini digunakan sebagai lantai lif untuk memberikan gambaran runtuhan lantai lif.

Selain itu, setiap reaksi pengguna lif ini direkodkan ketika imej runtuhan lantai lif dimainkan ketika pengguna masuk dan menutup pintu lif.

Reaksi yang didapati menunjukkan kebanyakan pengguna merasakan pengalaman menaiki lif yang "runtuh" itu umpama kejadian sebenar.

Mungkin akan wujud lebih banyak teknologi seumpama ini untuk menakutkan manusia di zaman akan datang.

Lif Berteknologi Tinggi "Runtuh"! Lif Berteknologi Tinggi "Runtuh"! Reviewed by Hilal Azmi on October 23, 2012 Rating: 5

No comments