Home Top Ad

Misi RedBull Stratos Berjaya!

Lebih daripada lapan juta orang menonton siaran langsung dalam talian terjunan supersonik Felix Baumgartner dari ketinggian 39 ribu 45 meter.

Siaran Red Bull Stratos sekaligus memecah rekod live video streaming di sosial media.

Terjunan Baumgartner itu menjadi trend seluruh dunia di twitter dengan hashtag space jump, red bull dan felix baumgartner.

Baumgartner dibawa ke stratosfera dengan sebuah kapsul yang diterbangkan sebuah belon helium direka khas untuk misi ini.

Terjunan bekas atlet berusia 43 tahun dari Austria itu juga 2 ribu 400 meter melebihi sasaran asal pelan terjunan.

Dalam terjunan ini Baumgartner berjaya mencapai kelajuan 1,342.8km/jam.

Baumgartner sekaligus menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas melebihi kelajuan bunyi.

Dia juga melakukan terjunan bebas selama 4 minit 20 saat.

Setakat ini rekod yang dicatat belum disahkan pakar aeroangkasa.

Dua rekod yang disahkan ialah terjunan bebas tertinggi dan penerbangan belon manusia tertinggi di dunia.

Sebelum ini rekod dunia terjunan bebas tertinggi dibuat mentor projek ini Joe Kittinger pada 1960.

Misi RedBull Stratos Berjaya! Misi RedBull Stratos Berjaya! Reviewed by Unknown on October 15, 2012 Rating: 5

No comments