Home Top Ad

Selangor VS Kelantan FINAL SCORE #gomoklategomo

Kredit Gambar - BERNAMA
Semalam telah diadakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kelantan melawan Selangor.

Perlawanan separuh akhir kedua yang diadakan di Stadium Shah alam ini bermula garang apabila Kelantan membawa bekalan agregat 1 - 0 berdasarkan perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad IV sebelum ini.

Dengan semangat membara pasukan Kelantan, membenam pasukan Selangor di perlawanan semalam dengan 2 - 0.

Antara kata kunci yang mendapat perhatian di Twitter ialah "Selangor vs Kelantan" , #teamkelantan, dan #gomoklategomo

Kemenangan dengan agregat 3 - 0 ke atas Selangor memudahkan perjalanan pasukan Kelantan ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia.

Dalam perlawanan akhir yang akan diadakan 20 Oktober ini, pasukan Kelantan akan berhadapan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perlawanan akhir nanti merupakan detik bersejarah buat pasukan ATM selepas berjaya meletakkan diri buat pertama kali ke peringkat akhir Piala Malaysia selepas 46 tahun. - SUMBER
Selangor VS Kelantan FINAL SCORE #gomoklategomo Selangor VS Kelantan FINAL SCORE #gomoklategomo Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2012 Rating: 5

No comments