Home Top Ad

Akhirnya muzik reggae diiktiraf oleh UNESCO

Delegasi Jamaica ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) teruja dengan kejayaan mereka meyakinkan UNESCO untuk menjadikan muzik berkenaan sebagai salah satu warisan dunia.

Delegasi yang diketuai oleh Menteri Kebudayaan Olivia Grange itu, bersorak dan menitiskan air mata apabila keputusan itu dicapai dalam satu sidang pertubuhan tersebut, Khamis lalu.

Sebagai tanda mereka sangat berterima kasih dengan pengesahan tersebut, seluruh dewan diajak menyanyi lagu popular dendangan Bob Marley, One Love.
UNESCO mengiktiraf reggae sebagai ‘satu elemen yang menyumbang kepada dunia khususnya berkaitan isu ketidakadilan, penentangan, kasih sayang dan kemanusiaan, selain mempunyai nilai sosiopolitik, sensual dan spiritual’.


Reggae, yang dikenali sebagai wadah mempromosi keamanan dan kasih sayang, berasal dari Kingston, Jamaica sekitar tahun 1960-an. Ia juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej tentang protes dan juga perjuangan dalam strata masyarakat.



Akhirnya muzik reggae diiktiraf oleh UNESCO Akhirnya muzik reggae diiktiraf oleh UNESCO Reviewed by Unknown on December 04, 2018 Rating: 5

No comments