Home Top Ad

Perhargaan kepada empat lelaki Malaysia berbangsa India yang telah menjaga keluarga kami

Tiga tahun lalu, pada 5 Disember 2018, anakanda saya, Jalil, meninggal dunia. Kami sekeluarga berasa amat sedih dengan kehilangan anakanda yang kami kasihi. Tahun ini, kami masih merasa dukacita ditambahi pula dengan kesedihan kerana berlakunya sikap tidak bertolak ansur dan salah faham antara kaum.

Dengan rusuhan yang berlaku di tapak kuil India di Subang Jaya baru-baru ini, di mana seorang ahli bomba Melayu cedera dengan serius, dan ketegangan kaum yang meletus selepas itu, saya terfikir mengenai rakan kenalan dan kakitangan bangsa India yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kami sekeluarga.
Tuanku Raja Zarith Sofia bersama keluarga Mohan - Sumber: FB Raja Zarith Sofiah
Dato' Subramanyam Balan dan Dato' Singaraveloo - doktor yang merawat keluarga kita. Mereka adalah sebahagian daripada pasukan perubatan yang membantu menjaga Jalil semasa menjalani rawatan kanser.
Selama bertahun-tahun, apabila suami atau anak-anak saya sakit pada pertengahan malam, salah seorang daripada dua doktor ini yang akan tergesa-gesa datang untuk merawat kami. Mereka tidak mengira kekerapan atau waktu - sama ada sebelum tengah malam atau 3 pagi, mereka tetap mengunjungi kami.

Mohan sebagai guru renang - Foto FB Raja Zarith Sofiah

Apabila Jalil telah dikenalpasti mengidap kanser hati, kami dan Jalil merasa amat selesa dengan penjagaan kedua-dua doktor ini. Kerana menjadi kelaziman mereka merawat Jalil semasa kecil, wajah mereka merupakan wajah mesra yang dipercayai Jalil untuk menjaganya ketika sakit. Apabila Jalil menarik nafas terakhirnya, Dato’ Balan yang melihat waktu dan mengesahkan masa kematiannya.
Mohan: apabila anak sulung kami, Tunku Mahkota Johor, hanya berumur satu tahun, Mohanlah yang menjaganya ketika suami saya bersukan luncur air di Stulang Laut. Malah, Mohan mengajar semua anak saya bagaimana untuk berenang. Dan setiap kali mereka mahu berenang, Mohan akan menjaga mereka, dan berada di dalam air dengan mereka selama berjam-jam.

Mohan menjadi jurulatih berenang, teman bermain mereka dan "pengasuh" mereka.
Apabila anak-anak saya masih kecil, dan jika suami bertugas di luar kawasan, saya akan meminta Mohan untuk tinggal di rumah kami kerana saya khuatir untuk berada di rumah yang berpenghuni hanya kanak-kanak dan pembantu wanita. Mohan tidak akan tidur sehingga kakitangan lain datang untuk bekerja pada waktu pagi. Saya menanam sepenuh kepercayaan kepada Mohan untuk menjaga kami anak-beranak dengan baik.

Dato' Sugumaran – aide de camp (ADC) suami saya. Beliau menunjukkan kasih sayang dan kesetiaannya kepada suami saya. Beliau sentiasa jujur ​​dan ikhlas – walaupun ada masanya ditegur (yang sering terjadi!)

Dato Sugumaran bersama Tunku Jalil - Foto FB Raja Zarith Sofiah


Apabila saya bercuti di England pada tahun 2009, Dato' Sugumaran yang menjadi teman anak bongsu saya - membantu dia memilih epal dari pokok dan memberi makan itik di taman.

Kami suami isteri mempunyai ramai dari pelbagai bangsa.

Tetapi, buat masa ini, kerana berlakunya ketegangan melibatkan kaum India di Malaysia, saya mencoret naskhah pendek in untuk menunjukkan bagaimana kami sekeluarga menghargai perkhidmatan, persahabatan dan kesetiaan keempat-empat orang ini. Ribuan terima kasih dari keluarga saya.

Semoga Allah SWT terus melindungi negara kita dan memberi kita kedamaian serta cinta di antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.

**Kesemua perkongsian ini dikongsikan menerusi Facebook Peribadi Raja Zarith Sofiah Idris
Perhargaan kepada empat lelaki Malaysia berbangsa India yang telah menjaga keluarga kami Perhargaan kepada empat lelaki Malaysia berbangsa India yang telah menjaga keluarga kami Reviewed by Unknown on December 03, 2018 Rating: 5

No comments