Home Top Ad

Video nasyid paling tular 2019 - Sesungguhnya

Ramai yang bercakap tentang lagu yang diberi 'nafas baharu' sempena ketibaan Ramadan 2019 ini.

Lagu Sesungguhnya yang pernah dipopularkan kumpulan Raihan kini mendapat sentuhan suara daripada penyanyi muda, Aliff Satar!

Tahu tak? Lagu ini telah mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan di Youtube sejak ia mula diterbitkan pada 9 Mei 2019 lalu..

Untuk pengetahuan anda, Raihan merupakan artis rakaman paling berjaya pernah dilahirkan di Malaysia dengan kejayaan mencatatkan jualan album sehingga 9 kali anugerah platinum!

Malah kumpulan ini merupakan satu-satunya penyanyi yang pernah dijemput oleh Ratu Elizabeth untuk membuat persembahan di hadapan baginda!

Wow!

Sesungguhnya dengan kerjasama Aliff Satar kali ini tampak lebih berjaya dan bakal membawa kembali era kegemilangan kumpulan yang berada di kedudukan 500 teratas bagi manusia paling berpengaruh dalam dunia Islam selama 11 tahun.


Video nasyid paling tular 2019 - Sesungguhnya Video nasyid paling tular 2019 - Sesungguhnya Reviewed by Kini Trending on May 21, 2019 Rating: 5

No comments