Home Top Ad

10 Jersi terbaik EPL musim 2019/2020


Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020 baru sahaja membuka tirainya 10 Ogos tempoh hari, pastinya kesemua 20 pasukan bertanding tampil dengan 'perisai perang' baharu.

Mari kita lihat jersi-jersi terbaik pilihan RancakTV yang kalau dipakai pergi jalan-jalan pun sempoi.

JERSI HOME EVERTON. - Sumber gambar laman web rasmi Everton FC
Tak dinafikan sebenarnya UMBRO punya 'design' kami tengok makin hari makin kemas dengan elemen retro disuntik rekaan moden. Malangnya mereka tak ada dana cukup untuk taja kelab-kelab besar.

JERSI HOME SHEFFIELD UTD. Sumber gambar laman web rasmi Sheffield United FC.
Walaupun kebanyakan jersi Adidas untuk kelab-kelab kecil 'template'nya lebih kurang sama, tapi 'finishing' yang tepat boleh jadikan jersi itu cantik. Asas belang merah putih dengan jalur halus hitam pada tengkuk dan lengan (juga 'Three Stripes' Adidas). Kemas.

JERSI HOME WOLVES. - Sumber gambar laman web rasmi Wolverhampton Wanderers FC
Padanan oren dengan hitam memang tepat. Orennya pun tak lah terang sangat, nak pakai pergi jalan-jalan pun tak berapa nak malu. Rekaan kemas, fabrik oren juga ada tona gelap halus-halus.

JERSI HOME BOURNEMOUTH. Sumber gambar laman web rasmi AFC Bournemouth FC
Jalur hitam merah memang tak pernah tak cantik, tapi jersi utama Bournemouth ini direka dengan ringkas tak serabut, pada jalur merah itu ada garis-garis halus hitam melintang. Pakai dengan jeans hitam dan Yellow Boot Timberland. Ngam.

JERSI HOME CHELSEA. Sumber gambar laman web rasmi Chelsea FC
Jangan tengok orangnya, itu kenangan lama. Tengok ke masa depan Chelsea yang dipacu anak muda yang mengenakan jersi dengan rekaan grafik bermotifkan 'architecture' stadium keramat, Stamford Bridge. Jersi 'super minimal' (atau ada yang panggil 'pemalas') diimbangi corak yang memenuhi seluruh fabrik.

JERSI HOME & GOALKEEPER LIVERPOOL. Sumber gambar laman web rasmi Liverpool FC
Ini musim Liverpool mahu tebus kekecewaan dalam kecemerlangan kancah Liga Perdana dengan menerap semangat rekaan retro dari era gemilang 1984 untuk jersi merahnya. Jaga-jaga.

Jersi pertama penjaga golnya pula cukup elegan, hitam keseluruhan dengan kemasan emas untuk logo kelab, jenama jersi, penaja utama dan grafik lengan. Gaya. Mutu. Keunggulan.

JERSI AWAY WEST HAM. Sumber gambar laman web rasmi West Ham United FC
Rekaan retro memang sentiasa sesuai untuk fesyen jalanan - 'simple', kemas dan 'classy'. The Hammers juga menyeru semangat 1980 ketika mereka berjaya menjulang Piala FA.

JERSI HOME & AWAY ARSENAL. Sumber gambar laman web rasmi Arsenal FC
Musim ini Arsenal sudah menang jersi yang kami angkat sebagai yang paling cun. Macam kami kata tadi, elemen retro yang mendapat sedikit sentuhan gubahan konsep masa kini membuatkan sang pemakai apatah lagi penyokong The Gunners bangga memakainya di mana jua pada bila-bila masa. 


Setuju tak setuju? Kalau ada jersi lain yang kalian rasa lebih cantik mari ajukan pandangan anda kepada kami. Jangan gaduh kita bincang.

10 Jersi terbaik EPL musim 2019/2020 10 Jersi terbaik EPL musim 2019/2020 Reviewed by Hilal Azmi on September 15, 2019 Rating: 5

No comments