Home Top Ad

All Reds TV - Ini Sebab Utama Tak Boleh Beli Baju Tiruan



Bukan sebab belagak sombong kaya banyak duit, bukan sebab nak menunjuk-nunjuk tapi sebab utama tak boleh beli baju atau barangan tiruan adalah kerana ia menjatuhkan industri. 

Industri apa kalau dalam cerita bola sepak ni?

1. Kita tidak menyumbang kembali kepada kelab yang kita sayang, yang menghiburkan kita, yang memberi suka dan duka dalam sukan yang kita sayang ini.

2. Sumbangan daripada barangan BUKAN tiruan akan pergi kepada kelab dan mungkin kalau banyak duit, Liverpool ada dana untuk lebih maju, mungkin boleh beli lagi satu player macam Virgil van Dijk atau Alisson Becker.

3. Supaya bola sepak boleh terus maju dengan dana yang ada, program pembangunan dan sebagainya.

Team All Reds Malaysia bersama Pengarah NDS Holdings, Munas di pelancaran Liverpool Supporters Jersey di Kuala Lumpur. 
Tapi kalau beli tiruan, duit pergi ke mana?

Banyak kempen kesedaran dah dibuat mengenai perkara ini, duit pergi ke along aka ceti wang haram, human trafficking dan sebagainya; pendek kata, orang yang buat bisnes haram kerana meniru dan mengaut untung daripada hasil peluh orang lain. (mencuri la, kita nak beli barang curi?)

Mungkin ada yang kata, “Alah, bukan orang tau atau peduli pun kalau aku beli fake” atau mungkin dia rasa macam dia seorang sahaja yang buat benda itu dan tidak memberi kesan besar kepada industri bola sepak ataupun menguntungkan penjahat, tetapi ingatlah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Adidas menjual 520,000 helai jersey Juventus Cristiano Ronaldo dalam tempoh 24 jam, satu jumlah yang besar dan menyumbang kepada kelab untuk menanggung transfer fee pemain tersebut.

Kelab mana yang tak mahu Ronaldo? 

Barangan tiruan menyebabkan ramai kehilangan kerja, mungkin bukan keluarga anda yang terkena tempiasnya sekarang, tapi mungkin satu hari terkena balik kepada diri kita sendiri ataupun rakan baik kita macamana?

Fikirlah panjang-panjang.

Sekali lagi, ini bukan isu belagak sombong mengenai memakai jersey original, tapi industri secara keseluruhan.

Hanya diri kita sendiri boleh bawa perubahan itu.

- Ian 

Tengok la episod pertama All Reds TV dengan Presiden All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa, Pengarah NDS Holding, Munas Van Boonstra dan juga hos TV, Harvinth Skin.


All Reds TV - Ini Sebab Utama Tak Boleh Beli Baju Tiruan All Reds TV - Ini Sebab Utama Tak Boleh Beli Baju Tiruan Reviewed by Hilal Azmi on September 11, 2019 Rating: 5

No comments