Home Top Ad

Evolusi 'belang' Harimau Malaya



Bola sepak menyatukan kita rakyat Malaysia.

Harimau Malaya telah melalui cerita jatuh bangun yang agak panjang bermula sejak era pra-merdeka sehinggalah hari ini, diingati menerusi jersi yang dikenakan skuad yang pernah beraksi dengan lencana atau bendera di dada.

Sempena Hari Malaysia ini, Rancak TV nak membawa anda menyusuri jalan memori dan menyampaikan kisah sejarah kepada pencinta bola sepak negara tentang perubahan atau evolusi jersi utama kebanggaan pasukan Harimau Malaya.


1950 hingga 1985. Sumber gambar @MY_footballLiga
Ketika zaman sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat itu, malam-malam perlawanan di Stadium Merdeka diserikan dengan pasukan tuan rumah yang mengenakan baju belang hitam kuning, tanpa logo di situ sini.

Kemudian, UMBRO tampil sebagai penaja pertama pakaian rasmi skuad kebangsaan sebelum beralih kepada ADIDAS bermula tahun 1980.

1986 hingga 1996. Sumber gambar @MY_footballLiga
Jersi tahun 1986 kembali mengenakan rekaan belang menegak hitam dan kuning. Dua tahun kemudian, ADIDAS 'mengalihkan' belang tersebut menjadi tiga jalur di bahu berwarna biru untuk dipadankan dengan warna kuning jersi.

Bermula edisi 1994, ADIDAS menyerahkan hak pembuatan jersi utama Malaysia kepada ADIDAS Performance yang baru diwujudkan pada ketika itu.


1997 hingga 2006. Sumber gambar @MY_footballLiga
Rekaan belang kembali pada tahun 1997, dan tiga tahun kemudian kembali kepada stail kuning penuh dengan kemasan hitam. Tak banyak perubahan ketara pada rekaan jersi dalam masa enam tahun sehingga 2006.


Sumber gambar @MY_footballLiga
Belang datang lagi pada edisi 2007 kali ini dibawakan oleh NIKE, dan Harimau Malaya kembali menyematkan logo Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dua tahun sebelum kembali ke Jalur Gemilang.

2017 mereka sekali lagi meletakkan logo FAM di dada dan buat pertama kalinya Harimau Malaya bertukar menjadi 'Black Panther', jersi hitam sepenuhnya.

Edisi tahun ini masih dikeluarkan oleh NIKE dan rekaannya mengembalikan identiti Harimau Malaya dengan corak carik melintang berwarna tona gelap kuning serta kemasan hitam pada tengkuk.



Ini skuad Malaysia 2019. Gambar diketik sebelum perlawanan penuh dramatik Harimau Malaya membaham Garuda di Gelora Bung Karno pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Bukan main lagi Mat Yo. - Sumber gambar FAM
Bagaimana agaknya jersi kita seterusnya ya? Apa pun rupa rekaannya, sama ada lencana FAM atau Jalur Gemilang di dada, kuning dan hitam terus menjadi 'saka' yang menggalas semangat seluruh rakyat negara bertuah ini.

"Oh Malaysiaaaaaaaa, kau kebanggaanku!"

*Kalau sambil-sambil kunyah kismis tu tiba-tiba datang ilham untuk mencipta jersi baharu, share je lah. Kami tak marah.

Evolusi 'belang' Harimau Malaya Evolusi 'belang' Harimau Malaya Reviewed by Hilal Azmi on September 16, 2019 Rating: 5

No comments