Home Top Ad

Neeta Memang Wajah Malaysia, Hanbyul Tak Nak Balik Korea!


Sudah lama sebenarnya aku tak dengar radio.

Ya lah, dengan adanya Spotify maka lagu-lagu yang diputarkan telah disusun khas mengikut citarasa saya semata. Kadang-kadang klasikal, ada hari mendengar metal, selalunya Son Cubano, kerap juga lagu-lagu dalam bahasa-bahasa serata dunia.

Bila Big Stage 2019 mengumumkan 12 barisan pesertanya, saya nampak antaranya ada Santesh. Uish, ini macha nyanyi lagu Amalina, saya selalu dengar lah dia punya album Tamil, Silap Kahwin! 

Kemudian lihat pula pada peserta-peserta lain, ada gadis Siam, saudara dari Indonesia, eh ‘oppa’ pun ada!

Ini kali lain. Jadi hati berkata, menarik juga kalau dapat sembang dengan mereka.

Kami pun terjah lah sesi latihan mereka pada satu hari yang mendung kehujanan. Sesi sembang petang itu dimulakan dengan Neeta Manisha dan Hanbyul.


Kita mula dengan ’Oppa’. Tinggi, muka memang bersih licin macam ‘plastic surgery’, pandai betul jaga muka. Pakaian kemas, bahasa Inggerisnya pun lancar. Mana tak jadi kegilaan gadis-gadis semasa?


Termasuklah Neeta, yang katanya Hanbyul jadi artis Korea Selatan ketiga yang diminatinya, selepas 2NE1 dan BlackPink.

Neeta ini pula gadis kecil molek dari Sungai Petani, Kedah. Saya ingat dia ini macam anak mami ka, ya lah orang utara kan. Kemungkinan tinggi.

Sebenaqnya kalau hangpa belum tau, penyanyi band iamNEETA yang popular dengan lagu ‘Sakit’ ini ada kacuk Cina, India dengan Siam. Macam nak kata Melayu tidak, mami kot, tapi cakap Melayu tak pelat, loghat Kedah pun tak berapa nak dengaq.

Hanbyul juga kata dia suka betul dengan Malaysia, tak mahu balik Korea sebab penerbangan jauh. Kuala Lumpur kita yang sibuk sesak ini dikatakan tidak sepantas langkah di tempat asalnya, bandaraya Seoul. KATANYA.

Bijak, di kala anak muda Malaysia sedang gila-gilakan artis Korea, dia datang ‘cuba nasib’ di sini. Hebat betul penangan Hallyu.

Lepas itu macam biasa lah, memanjang jari buat simbol ‘little love’. Dengan aku sekali terjebak.

- Israr 

Tengok interview aku dengan Neeta dan Han Byul di kat Youtube.




Neeta Memang Wajah Malaysia, Hanbyul Tak Nak Balik Korea! Neeta Memang Wajah Malaysia, Hanbyul Tak Nak Balik Korea! Reviewed by Hilal Azmi on September 09, 2019 Rating: 5

No comments