Home Top Ad

Skateboarding ni mainan jalanan tapi dah jadi serius




Skuasy pun tak masuk Olimpik wei, tapi disebabkan budak-budak inline (Malaysia panggil rollerblade) tak dapat nak masuk Olimpik menerusi sukan-sukan bawah naungan mereka, terpaksalah mereka jual skateboarding.

Pada mula dapat tentangan daripada pemain-pemain skateboarding sejati, (sebenarnya sampai sekarang pun dan ramai yang tak peduli pun pasal skateboarding di Olimpik atau tidak), namun kalau tidak masuk campur, mungkin budak-budak inline yang dulunya dari organisasi FIRS akan buat onar dalam competition skateboard di Olimpik.

Jadi masuklah skateboarder-skateboader pro dalam FIRS yang kemudian ditukar nama kepada World Skate.

Skateboarding dengan in-liners memang tak ngam, mungkin ramai juga berkawan tapi tak boleh la bagi budak inline kuasai skateboarding dan tentukan macamana format kejohanan skateboarding di Olimpik.

Jadi selepas pergaduhan dan konflik pelbagai organisasi, saman sana sini, maka pejam sebelah mata, skateboarders pun kerjasama dengan orang-orang tua pakai coat dan tie untuk jual skateboarding di Olimpik.

Dapat masuk pun sebab nak tarik remaja main tengok Olimpik, yang semakin tak revelan untuk BBNU dan kos penganjuran pun kalau tak silap Olimpik body tak perlu bayar.

Jadi itulah ceritanya, sekarang selepas Sukan Asia 2018, Sukan SEA Filipina November ni pula nak adakan skateboarding.

Inilah Malaysia, harapan park skating kepada Arina Rahman, satu-satunya skaters yang power dalam park, bagi aku terbaik di Asia Tenggara.

Namun, Filipina ni pergi cari la bakat yang lain, nak menang kat homeground la katakan, jadi mereka dapatkan Kiko Francisco Jr yang main dekat USA.

Dia memang pure park bowl skater macam Arina tapi lebih berpengalaman, jadi nampak gaya emas memang dalam tangan dia, kecuali Arina progress dengan lebih cepat atau Kiko ni asyik jatuh saja.

Indonesia pun ada park skater yang bagus, tapi belum smooth dan ada speed macam Arina ada la. 

Thailand pula banyak main street manakala negara SEA lain memang takda skateboarder park yang handal la.

Jadi tengoklah, video ni, Indonesia ada perempuan yang baru beruisa 13 tahun yang sudahpun masuk team international Vans.

Walaupun belum handal di park macam Sky Brown atau skater Jepun wanita lain, tapi dia ada bakat dan boleh progress lebih jauh.

Inilah apa yang happening di Vans Park Series 2019 di Singapura pada Ogos lalu, sorry lambat.

- Ian Johan Ariff


Skateboarding ni mainan jalanan tapi dah jadi serius Skateboarding ni mainan jalanan tapi dah jadi serius Reviewed by Hilal Azmi on September 19, 2019 Rating: 5

No comments