Home Top Ad

Walkman sudah 40 tahun



*Sumber asal from the Verge

Sebelum wujudnya bermacam-macam jenis perkhidmatan striming muzik atas talian hari ini, ada satu alat yang dipanggil Walkman.

Walkman TPS-L2 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1979, dan selamanya mengubah bagaimana dunia mendengar muzik. Ia menjadi jenama paling terkenal dalam sejarah Sony dan ratusan jenis peranti dengan tanda nama itu masih dikeluarkan sehingga hari ini

Sempena menyambut legasi Walkman berusia 40 tahun (ya 40 tahun), Sony mengadakan satu pameran di Tokyo dipanggil ‘Walkman in the Park’ bertempat di Ginza Sony Park, tapak bangunan lama syarikat elektronik itu yang telah dirobohkan baru-baru ini (bangunan baru akan memulakan pembinaannya tahun depan).

Setiap jenis Walkman yang pernah dikeluarkan Sony dipamerkan, dan cerita daripada mereka yang hidupnya pernah diwarnai peranti pemain muzik ini.

Anda dapat mendengar muzik daripada kaset menerusi ‘headphone’ plastik murah sambil membaca kisah-kisah yang dicoret, membawa anda kembali sejenak ke era 80-an.

Ayuh, kita kenang semula saat-saat indah satu ketika dahulu dengan gambar-gambar daripada pameran tersebut. 



Sebelum masuk ke ruang pameran, pengunjung disambut dengan replika gergasi Sports Walkman FM berwarna kuning.

Layout pameran ini secara amnya bertemakan skate park, di mana anda boleh duduk pada ramp sambil bernostalgia ketika lagu dimainkan dari kaset oleh pelbagai model Walkman lama dan baharu yang dipamerkan.


"Saya teringat ketika mendengar Walkman milik rakan sekelas di sekolah menengah, dan saya kagum. Saya beli satu untuk diri saya apabila saya berpindah ke Tokyo. Teringat ketika mendengar lagu sambil bergerak, sangat menakjubkan dan perasaan yang sangat mengujakan untuk berada dalam dentuman bunyi seorang diri. Saya pergi ke A.S. buat pertama kali bersama Walkman saya, di sana saya beli pas sebulan setengah bas Greyhound untuk menjelajah dari timur ke barat - dari New York ke Los Angeles. Pengalaman yang sangat hebat mendengar lagu Elvis Presley dan lain-lain artis rock Amerika semasa di dalam bas. Melihat landskap Amerika sambil mendengar lagu Amerika membuatkan saya terfikir "Jadi, inilah tanah yang melahirkan muzik-muzik ini!" Menyedari pengalaman itu telah memberikan saya perspektif berbeza tentang muzik, saya fikir ia satu pengalaman unik untuk mereka yang mengembara sendirian. Berkelana seorang diri mengasah deria dan juga kesepian anda. Jika anda mengembara jauh, saya sarankan supaya mengembaralah sendirian."




Ketika dunia hari ini menyaksikan audio jack semakin pupus, TPS-L2 dual output kerap dilihat dalam koleksi pameran ini.





Pada 'Walkman Wall', anda boleh lihat hampir setiap keluaran Walkman dari tahun 1979 sehinggalah yang terbaharu.



Walkman berwarna biru di hujung atas kiri papan ini adalah model TPS-L2, model Walkman pertama yang dikeluarkan pada 1979.



Apa memori anda bersama Walkman? Ceritalah dengan kami.

*Sumber gambar dari theverge.com

Walkman sudah 40 tahun Walkman sudah 40 tahun Reviewed by Hilal Azmi on September 23, 2019 Rating: 5

No comments