Home Top Ad

10 jersi paling kurang cantik musim 2019/2020


Cantik itu subjektif. Orang putih kata 'beauty is in the eye of the beholder.'

Tapi setiap sesuatu tertakluk kepada penilaian masyarakat secara kolektif, maka diperakukan bersama apa yang cantik dan apa yang buruk. Dari situ kita dapat melihat kehalusan penilaian masyarakat terhadap sesuatu.

Bila ada yang cantik, mesti ada juga yang kurang cantik. Maka pembaca portal gaya hidup bola sepak, Footy Headlines membuang undi untuk menentukan 10 jersi bola sepak yang dirasakan tidak menarik rekaannya bagi musim 2019/2020.

Chekidaut.


10. Napoli (away)

Jersi kedua kelab Itali ini bertemakan warna hijau tentera. Ketiga-tiga pakaian keluaran Kappa untuk Napoli musim ini tidak berapa menarik, dan bukan kali pertama Kappa tampil dengan rekaan pelik.


9. Manchester City (away)

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris ini mengenakan jersi kedua yang diinspirasikan daripada The Haçienda, kelab malam popular di Manchester ketika kegilaan muzik dan budaya yang berpusat di North West England pada lewat 80-an dan 90-an, zaman yang digelar 'Mad'chester. Maka hadirlah rekaan lip-lap ini.


8. Manchester United (away)

Corak seakan tompok-tompok yang meliputi seluruh jersi kedua Man Utd ini diilhamkan daripada mozek-mozek yang boleh dijumpai di Northern Quarter, daerah kreatif Manchester. 


7. Southampton (home)

Pakaian keluaran Under Armour memang sedap pakai, teknologinya memang canggih. Tapi sayang jenama sukan Amerika ini masih belum dapat menghasilkan rekaan yang mengancam. Jangan menilai dari rupa, tapi rupalah yang memikat deria terlebih dahulu. 


6. Sampdoria (away)

Sekali tengok macam jersi badminton. Pada bahagian dalam kolarnya ada tertulis 'La maglia più bella del mondo' yang bermaksud 'Jersi paling cantik di dunia'. Yakin.


5. Juventus (home)

Buat kali pertama dalam sejarah Juve bajunya tidak berbelang-belang untuk musim ini. Menurut kelab, jersi baharu ini mengajak penyokong meraikan pandangan baharu. Berbeza, tetapi masih tetap selamanya, Juventus. Bagi saya, logo lama dan design belang juga tetap cun.


4. Barcelona (home)

Juga rekaan revolutionary yang tak pernah dibuat sebelum ini dalam sejarah Barca. Nike menjelaskan bahawa ia diinspirasi daripada susun atur kota di Barcelona membentuk petak-petak dipanggil Eixample. Macam jersi Croatia, warna sahaja berbeza.


3. Manchester City (third)

Ini pula macam aiskrim Paddlepop Rainbow. Tidak diketahui dari mana datangnya ilham rekaan warna memencar ini. Dua jersi Man City diundi paling buruk, kesian.


2. Hamburg SV (away)

Rekaan corak aneh ini daripada template jersi Adidas Tiro 19, dan warna pink jersi kedua kelab Jerman ini diambil daripada warna ikonik yang dipakai Hamburg ketika era 70-an termasuk jersi pertama.


1. Atalanta (third)

Banyak-banyak jersi dalam dunia, ini diundi pembaca Footy Headlines sebagai yang paling buruk.  Difahamkan ia jersi ketiga kelab Itali ini diilhamkan daripada fesyen era 70-an dan 80-an kerana logo yang dipakai musim ini diambil daripada era yang sama. Joma pun boleh tahan pelik-pelik rekaannya.


Ada jersi yang dirasakan lagi buruk? Tak apa lah tak perlu kongsi. Tak baik mengata.

10 jersi paling kurang cantik musim 2019/2020 10 jersi paling kurang cantik musim 2019/2020 Reviewed by Hilal Azmi on October 11, 2019 Rating: 5

No comments