Home Top Ad

83 tahun, masih main bola



Kalau anda baru berusia 30-an dan 40-an dan dah berhenti main bola sepak, anda patut rasa malu kepada Dickie Borthwick, 83 tahun dari England.

Menurut laporan Sport Bible, Dickie masih mencari kelab untuk bermain dan tidak mahu berhenti bermain selagi masih bernyawa.

Dickie yang dikenali sebagai pemain bola sepak tertua di Britain masih merindui untuk bermain bola sepak dan berlatih di belakang rumahnya.

Kalau anda bagi alasan pernah ACL lah, slip disc lah, sakit ghout antara punca terpaksa berhenti main bola sepak, Dickie tak jadikan dia sebagai bekas pesakit kanser prostate sebagai alasan.

Kanser lagi teruk dari semua kecederaan yang anda alami, lagi teruk Dickie mengalami kanser di bahagian yang menjadi punca kekuatan seorang lelaki tu, jangan main-main.



Dickie pulih dari kanser prostate yang dihidapinya pada usia 70-an dan sehingga dua tahun lepas masih bermain posisi winger untuk pasukan tempatan.

Apa rahsia Dickie?

Dickie kata dia tak makan 'sampah', dia hanya makanan yang berzat dan sihat saja, selain bukan seorang kaki minum beer.

Sebelum berubah posisi bermian sebagai winger, Dickie dulu adalah seorang astriker dan mendakwa sudah menjaringkan lebih daripada 400 gol dalam 1,600 penampilan sepanjang 72 tahun bermain bola sepak.

Apa lagi alasan nak bagi hah? Banyak kerja? Sila senaraikan alasan anda di sini dan jadikan Dickie sebagai inspirasi anda untuk terus sihat dan kuat.

photo credit: https://www.givemesport.com/



83 tahun, masih main bola  83 tahun, masih main bola Reviewed by Hilal Azmi on October 27, 2019 Rating: 5

No comments