Home Top Ad

AirPods kata Apple yang terbaik





AirPods Pro akhirnya betul, bukan khabar angin, tak tipu, mula dijual hari ini laman web Apple hari ini pada harga $249 dollar Amerika.

Kata Apple - AirPods Pro ada adaptive EQ (equaliser) yang boleh tune frekuensi rendah dan pertengahan muzik yang anda dengar berdasarkan bentuk telinga pemakai. Keadaan ini memberikan pengalaman mendengar muzik yang lebih baik.



Kata Apple - sistem lubang / bolong pada AirPods Pro boleh juga menyamakan tekanan, yang didakwa Apple, dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat memakai earphones di dalam telinga.

Kata Apple - Pengimbas force direka bentuk semula daripada AirPods sebelum ini jadi anda boleh menggunakan fungsi playback dengan transparency mode. 

Ini kata Apple, apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami.

Photo source: apple.com 




AirPods kata Apple yang terbaik AirPods kata Apple yang terbaik Reviewed by Hilal Azmi on October 29, 2019 Rating: 5

No comments