Home Top Ad

Disney ikut kita atau kita ikut Disney?



Disney ikut kita atau kita ikut Disney? 

Itu persoalan yang boleh dijadikan subjek perbahasan kerana kita tahu pengaruh media tidak dapat dinafikan namun jika dibincangkan akan membawa kembali kepada persoalan "telur dulu, atau ayam dulu?".

Memang benar, filem Disney mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan ramai terutama jika kita dilahirkan pada tahun 80-an hingga 90-an kerana filem-filem inilah salah satunya hiburan pada zaman kuno (bak kata generasi Z).

Filem syarikat produksi dan studio terkemuka dunia ini telah menyentuh hati anak-anak kita (atau kita) sejak syarikat itu diasaskan 95 tahun dahulu, dan pengaruh Disney masih kekal hingga ke hari ini dari filem kanak-kanak seperti Frozen ke filem sci-fi seperti Star Wars (Star Wars kini diambil alih oleh Disney selepas Lucasfilm menjual syarikat dan francais itu pada tahun 2012).

Berikut adalah tiga bukti pengaruh Disney terhadap manusia:

1. Snow White, Cinderella, dan Sleeping Beauty


Menurut kajian BBC, era Disney dapat dibahagikan kepada tiga era berbeza. Era pertama ialah era domestik dimana filem Permaisuri Disney seperti Snow White, Cinderella dan Sleeping Beauty masing-masing mempunyai sifat wanita domestik yang duduk rumah, rajin mengemas dan tunggu kehadiran raja untuk membawa mereka keluar daripada kesempitan hidup.

Dua atau tiga dekad dahulu, ibu kita lalui perkara yang sama di mana mereka tidak dibenarkan keluar rumah untuk bekerja. Mereka hanya duduk di rumah dan harus pandai memasak, mengemas rumah dan hanya tunggu masa untuk kahwin, membina keluarga dan mencapai - bak kata orang putih "happily-ever-after".

2. The Little Mermaid, Mulan dan Pocahontas


Selepas era domestik ialah era pemberontakan, dimana ia dicontohi Permaisuri Disney Ariel dari The Little Mermaid, Mulan dan juga Pocahontas yang mana mereka percaya demi mencapai cita-cita serta cinta sebenar, melanggar peraturan atau memberontak akan dilakukan walau apa jua akibatnya.

Zaman ini boleh dibandingkan dengan zaman kita remaja, apabila dilamun cinta terlarang. Hasilnya melanggar perintah ibu bapa semua demi kehendak diri.

3. Maleficent, Frozen, Moana


Era terakhir adalah abad ke-21, era teknologi, era hak-sama-rata, kini. 

Manusia (atau lebih spesifik, wanita) pada era ini disamakan dengan watak filem Disney Maleficent, Frozen dan juga Moana. Ketiga-tiga watak ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka semua wanita yang mempunyai sifat pendirian yang tinggi dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak.

Wanita pada hari ini mampu melakukan apa sahaja, dari kerja bidang kejuruteraan, ke memerintah sebuah kerajaan. Wanita kini semakin berani bersuara, kuat dan berdikari dan bukan lagi duduk di samping seorang lelaki.





Disney ikut kita atau kita ikut Disney? Disney ikut kita atau kita ikut Disney? Reviewed by Hilal Azmi on October 17, 2019 Rating: 5

No comments