Home Top Ad

Evolusi FIFA (1994-2019)


Dengan lancarnya FIFA20 bulan ini, permainan video terbitan Electronic Arts (EA) itu mencapai edisi ke-27nya.

Para pemain tersohor sudah diberikan rating masing-masing dalam simulasi sukan itu, ada yang suka dan ada juga yang tidak setuju dengan penilaian yang diterima.

Saban tahun, ‘gamers’ mahukan sesuatu yang segar daripada FIFA20 berbanding edisi tahun sebelumnya. 

Selepas tamatnya perjalanan Alex Hunter dalam naratif mod ‘The Journey’ sejak FIFA17, edisi terbaharu ini mengisi kekosongan itu dengan mod Volta yang membawa ke permainan jalanan dan gelanggang (macam FIFA Street). 

Menariknya Fifa Volta ini adalah anda boleh pilih untuk bermain 3v3 atau 5v5, dan boleh ‘customize’ wajah dan rupa anda sebagaimana yang anda suka.

Ketika kita terus meneroka ruang kreativiti untuk melukis masa depan dunia permainan video, ayuh kita melihat kembali ke belakang sejauh 26 tahun yang lepas sejak Fifa mula-mula diperkenalkan.

FIFA 1994
Ini dia Atok Fifa, dilancarkan pada 15 Disember 1993.  Ketika itu memang cukup ‘top’, menggunakan teknologi isometrik berbanding stail 16-bit yang popular.

Turut dikenali dengan nama Fifa International Soccer, ia hanya menampilkan pasukan kebangsaan, dan nama pemain sebenar tidak digunakan.

Tak ada ofsaid, juga boleh lari daripada pengadil kalau tak nak dilayangkan kad (sampai berhenti baru pengadil boleh layangkan kad kemudian permainan akan disambung semula. Kalau tak berlari je lah kau dari pengadil).

Dimainkan di konsol SNES dan SEGA Megadrive.


FIFA 1995


FIFA 1996
Dua tahun kemudian, barulah nama pemain sebenar dan posisi mereka diterapkan, juga ranking pasukan, perpindahan dan boleh ubah suai pasukan.

Dilancarkan pada 30 September 1995, ini adalah Fifa pertama yang pakai ‘real-time’ grafik 3D menggunakan teknologi bernama “Virtual Stadium”.

Dimainkan di konsol PlayStation dan SEGA Saturn.


FIFA 1997


FIFA 1998
Ini edisi special sempena Piala Dunia 1998 dilancarkan pada 8 November 1997, 'cover' depan gambar David Beckham.

Peraturan ofsaid mula diterapkan, pemain boleh ‘adjust’ ketegasan pengadil dan permainan video pertama yang ada soundtrack menampilkan band popular ketika itu, Blur dengan lagunya Song 2.

WOOHOOOO!!!


FIFA 1999


FIFA 2000
Agak bercampur baur reviu untuk permainan video ini sebab ada yang kata grafiknya terlalu kartun lah, ‘gameplay’ bosan lah.

Wajah muka depannya adalah pertahanan Arsenal, Sol Campbell, dan ’soundtrack’nya daripada Robbie Williams.

Versi ini juga ada 40 pasukan klasik, jadi anda boleh bermain sebagai legenda-legenda lalu yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia.

Dimainkan juga di Microsoft Windows, Playstation dan GameBoy Colour. 


FIFA 2001


FIFA 2002


FIFA 2003
Edisi ini menyaksikan penambah baikan besar pada kualiti grafiknya, wajah pemain-pemain pun ada rupa lah dengan yang sebenar, tak lah petak-petak.

Diperkenalkan mod Club Championship, dan ada ‘Freestyle Control’ yang membolehkan pemain buat ‘trick’.

EA Trax juga buat pertama kali ditampilkan, sambil-sambil ‘setting’ team dan sebagainya boleh dengar lagu.

FIFA 2003 adalah yang pertama boleh dimainkan di XBox dan PS2.


FIFA 2004


FIFA 2005


FIFA 06
Ciri ‘team chemistry’ diperkenalkan untuk dapat melihat sebaik mana para pemain bermain antara satu sama lain.

Juga ada ciri ‘retro’ yang membolehkan pemain menonton detik-detik klasik bola sepak, dan dapat peluang main FIFA 94 yang original.

Ronaldinho dan Wayne Rooney jadi wajah muka depan, dan dimainkan di konsol Nintendo Gamecube dan XBox 360.


FIFA 07


FIFA 08


FIFA 09


FIFA 10


FIFA 11

Dalam edisi ini, pemain buat pertama kali boleh mengawal penjaga gol.

Sistem hantaran bola yang lebih baik, wajah pemain yang semakin ‘real’, dan mod Karier diperkenalkan yang mana pemain juga boleh menjadi pengurus.

‘360 degree dribbling’ berarti kawalan lebih baik, dan dimainkan di konsol XBox 360, Nintendo Wii dan juga PS2.

FIFA 12


FIFA 13


FIFA 14

Edisi FIFA yang pertama dimainkan di konsol PS4 dan XBox One.

Ia dikuasakan oleh enjin bernama Ignite, berarti permainan boleh berubah cuaca, dan kecerdasan buatan (A.I.) yang lebih bijak untuk meniru pergerakan manusia - susah sikit lah lawan komputer.

Edisi ini juga menampilkan ‘signature goal celebration’ daripada pemain seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Lionel Messi.

FIFA 15


FIFA 16


FIFA 17


FIFA 18


FIFA 19

Cristiano Ronaldo jadi wajah muka depan edisi ini.

Akhirnya edisi ini mendapat lesen untuk membawakan mod UEFA Champions League, Europa League dan UEFA Super Cup.

Watak fiksyen, Alex Hunter, yang pertama kali muncul dalam FIFA17, mengakhiri jalan cerita ‘The Journey’ dalam keluaran ini.

Mod ‘kick-off’ juga dipelbagaikan peraturannya yang boleh di’set’, ada ‘house rule’, ‘survival’, ‘long range’, ‘header and volley’, malah tak ada peraturan langsung pun boleh.


Mana satu yang paling menggamit memori silam anda? Ce cerita.

*Gambar dan video daripada Youtube/Video Games Evolution. Thanks

Evolusi FIFA (1994-2019) Evolusi FIFA (1994-2019) Reviewed by Hilal Azmi on October 08, 2019 Rating: 5

No comments