Home Top Ad

Kasut Jesus dijual pada harga $3,000


Makin hari makin pelik dunia ini.

Sepasang kasut diinspirasikan daripada Jesus Christ telah dijual pada harga $3,000 (RM12,562.55) beberapa minit selepas ia dijual di pasaran atas talian.

Kasut kontroversi itu merupakan buah akal label kreatif berpangkalan di Brooklyn, AS bernama MSCHF di mana mereka membeli Nike Air Max 97s pada harga runcit dan mengubahsuainya berdasarkan elemen-elemen Jesus.





Pada bahagian lace digantung salib besi, pada hujung lidahnya ada setitis dakwat merah melambangkan darah Jesus dan pada bahagian tepi hadapan kasut disulam 'MT.14:25', merujuk kepada ayat daripada kitab Injil, Matthew 14:25 yang menceritakan kisah Jesus berjalan di atas permukaan air.

Kenapa? Kerana di dalam tapak kasut itu diisi air suci atau holy water diambil daripada Sungai Jordan yang telah dirahmati oleh paderi. Dahsyat tak dahsyat.


Bagaimanapun, Nike tiada kena mengena dalam ini hal. MSCHF bertanggungjawab penuh dalam penghasilan sepasang kasut 'suci' ini.

Ketua Pedagangan MSCHF, Daniel Greenberg menjelaskan bahawa jenama itu tertarik dengan idea 'budaya kolaborasi' (collab culture).



"Kami terfikir tentang kolaborasi antara Arizona Iced Tea dengan Adidas, di mana mereka menjual kasut yang mengiklankan syarikat minuman teh o ais yang dijual di kedai runcit.

"Jadi kami mahu membuat kenyataan tentang betapa tidak masuk akalnya collab culture sudah jadi. Maka kami tertanya-tanya, apa agaknya rupa kolaborasi dengan Jesus?

"Sebagai seorang Yahudi, apa yang saya tahu tentang Jesus hanyalah dia boleh berjalan atas air," katanya kepada New York Post.

Sudah pasti rekaan ini mendapat kecaman ramai, ada yang kata ia menghina dan memalukan. Tapi dia peduli apa. Orang ramai tengah dok gila kasut, dia ambil kesempatan.

Beli kasut RM400, modify, jual balik harga RM12,500. Untung RM12,400.

*Sumber gambar hypebeast.com. Thanks!

Kasut Jesus dijual pada harga $3,000 Kasut Jesus dijual pada harga $3,000 Reviewed by Hilal Azmi on October 14, 2019 Rating: 5

No comments