Home Top Ad

Kenapa Liverpool dan hakim pilih Nike?




Ramai dah tahu, Nike bakal diumum sebagai penaja jersi ataupun pakaian kit bola sepak terbaru untuk juara Eropah, Liverpool mulai musim depan.

Walaupun nilai bayaran semusim tidak setinggi berbanding kelab lain seperti Manchester United dengan Adidas (£75 juta) atau Chelsea (£60 juta), tetapi perjanjian perkongsian keuntungan bersama syarikat itu dengan Liverpool, kemungkinan memberi kelebihan kepada the Reds.

Kenapa?
  1. Penjualan Nike di China meningkat 27% tahun lalu, dimana Liverpool gagal menembusi pasaran itu bersama New Balance sebelum ini.
  2. Liverpool ECHO ada melaporkan, lebih 8,000 kedai dan syarikat sudah menempah kit untuk Liverpool musim depan, berbanding 6,000 yang dijanjikan Nike sebelum ini. Jumlah tersebut sudah pasti tidak boleh ditandingi New Balance walaupun boleh menyamai tawaran £30 juta semusim Nike kepada Liverpool.
  3. Juga sebuah kilang sudah dikhaskan untuk menempatkan 2.9 juta unit pakaian, seperti perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.

Bagaimanapun hujah di atas, tidak memberi kemenangan kepada Liverpool di mahkamah untuk menolak tawaran New Balance sebagai penaja musim depan.

Hujah yang memenangi kes tersebut adalah ikon seperti LeBron James, Serena Williams dan rapper, Drake akan digunakan untuk mempromosi Liverpool dan Nike.

Dari kiri, James (photo: IG @kingjames), Williams (photo: IG @serenawilliams) dan Drake (photo: hiphop-n-more.com) adalah duta jenama Nike yang popular, siapa nak lawan?

Populariti bintang bola kerajang James dan tenis, Williams dijangka membantu Liverpool dari segi kewangan, walaupun tidak boleh cara untuk mengukurnya, tawaran NIke adalah lebih baik daripada New Balance yang gagal menawarkan perkara yang sama untuk pemasaran di peringkat global.

Itulah yang digunakan NIke dan kami semua sudah pasti tidak sabar kempen pemasaran yang bakal diperkenalkan Nike untuk musim depan buat Liverpool.



Apa kata anda?



Kenapa Liverpool dan hakim pilih Nike?  Kenapa Liverpool dan hakim pilih Nike? Reviewed by Hilal Azmi on October 30, 2019 Rating: 5

No comments