Home Top Ad

Replika kulit manusia sarung telefon pintar?



Nak merasa lebih dekat dengan telefon pintar? Mungkin mempunyai sarung telefon yang diperbuat khas bagi rasa, rupa dan fungsinya sama seperti kulit manusia memberi anda dan telefon pintar lebih rapat bagai ‘kuku dengan isi’?

Kita sememangnya satu dengan alat elektronik dan membawa alat itu ke mana saja, tetapi replika kulit manusia sebagai sarung telefon sedikit melebihi batas, bukan?

Untungnya sarung luar biasa ini tidak (atau belum) diumumkan akan dijual di pasaran dan hanya merupakan produk kajian yang dinamakan Skin-On Interface.

Kajian ini dilakukan oleh Marc Teyssier serta sekumpulan penyelidik dari Perancis untuk mengkaji hubungan di antara manusia dan komputer demi menghasilkan teknologi yang tepat dengan input pengguna.

Terdapat dua versi Skin-On iaitu “simple” dan “ultrarealistic” yang keduanya mempunyai fungsi seperti epidermis pada kulit manusia dan berinteraksi terhadap sensori geletek, cucuk, picit, regang dan sambar.



Permukaan “kulit” yang diperbuat daripada beberapa lapisan ini juga boleh mengesan tekanan sekali gus membolehkan anda mengawal fungsi pada telefon pintar.

Jadi bagaimana? Jika rekaan Skin-On ini diluluskan di ACM Symposium di New Orleans, dan mula dijual di pasaran, adakah anda berminat untuk membelinya?

Photo Source: Marc Teyssier (Project Skin-On)
Replika kulit manusia sarung telefon pintar? Replika kulit manusia sarung telefon pintar? Reviewed by Hilal Azmi on October 23, 2019 Rating: 5

No comments