Home Top Ad

Sejarah jersi Die Mannschaft (1965-2020)


Jerman merupakan antara negara yang sekian lama berada di kelompok yang mengungguli persada bola sepak antarabangsa. Bersama prestasi cemerlang atas padang, jersi yang menjadi wajah pasukan turut menjadi simbol kegemilangan Die Mannschaft.

Baru-baru ini bocor gambar jersi terbaharu yang bakal disarung pasukan Jerman untuk Kejohanan Euro 2020 seperti yang dikongsi laman web Footy Headlines.

Ini dia rupanya:

Foto: Footy Headlines

Kebetulan pada masa sama, laman web penjual dan pengumpul jersi klasik original, Classic Football Shirt yang berpangkalan di Manchester, England menerusi Instagramnya mengeluarkan infografik memaparkan jersi pasukan Jerman sejak 1965.

Mari kita lihat bagaimana evolusi jersi Deutschland sejak 55 tahun yang lepas. Check it out!

Credit: Classic Football Shirt

Jersi pasukan kebangsaan Jerman mengalami perubahan yang agak kerap sejak dua dekad yang lepas. Kalau yang klasik hanya hitam dan putih, tapi sejak 1980-an ia tampil dengan rekaan yang tidak sama dengan jersi sebelumnya.

Bercerita tentang rekaan, selalunya pendapat dan penerimaan oleh sesebuah negara itu terhadap jersi pasukan kebangsaannya adalah berbeza. Kalau design tradisional, ada orang kata bosan. Bila design moden dan baru pula, tradisionalis kecam. Terpulanglah.


Jersi klasik ketika zaman Der Kaiser, Franz Beckenbauer ini sentiasa menjadi pilihan saya. Ringkas dan classy.

Sepertimana yang dikatakan, jersi Jerman era moden sentiasa tampil dengan rekaan berbeza yang bermain dengan warna bendera Jerman: hitam, merah dan kuning.




Kalau Ian, dia punya all-time favourite jersi Jerman adalah edisi 1998-1991, yang dipakai ketika memenangi Piala Dunia 1990. Tidak dinafikan, jersi ini memang cukup ikonik dan relevan sepanjang zaman, malah bukan sahaja cantik di atas padang tetapi sempoi dipakai sebagai streetwear.


Cuma yang dia punya lain sikit, ia adalah daripada versi special yang dikeluarkan Adidas untuk skateboarding. 


Penyokong Jerman mahupun selainnya, yang mana satu jersi pilihan kalian? Meh la kongsi.

Sejarah jersi Die Mannschaft (1965-2020) Sejarah jersi Die Mannschaft (1965-2020) Reviewed by Hilal Azmi on October 19, 2019 Rating: 5

No comments