Home Top Ad

BTS tak tercalon Grammy, mengamuk BTS Army!


Ketiadaan nama kumpulan K-Pop terkemuka, BTS dalam senarai calon penerima Anugerah Grammy ke-62 mengundang marah penyokong setia mereka.

Hashtag #ThisIsBTS menjadi topik lima teratas paling trending di dunia dan semakin mendaki naik apabila golongan peminat fanatik mereka yang digelar BTS Army menyatakan rasa tidak puas hati bersama sokongan tak berbelah bahagi kepada kumpulan pop itu.


Ada yang marah, ada yang hentam Grammy's dan Amerika, ada juga yang kembali menyingkap memori manis bagaimana BTS mula membawa kebahagiaan dalam hidup mereka.




Isu itu turut mendapat perhatian penulis Forbes yang pantas menerbitkan satu artikel, berpendapat bahawa ia 'sengaja' dilepas pandang oleh Recording Academy (badan yang menganjurkan anugerah Grammy's).



Baca artikel penuh di sini: BTS’s 2020 Grammys Shutout Reveals The Recording Academy’s Cultural Blindspot

Ini pula senarai penuh calon Anugerah Grammy Ke-64 yang akan diadakan pada 26 Januari 2020 di Staples Centre, Los Angeles: 2020 Grammy Awards Complete Nominees List

Jangan cari pasal dengan BTS oi...

Apa pendapat kalian tentang isu ini?

BTS tak tercalon Grammy, mengamuk BTS Army! BTS tak tercalon Grammy, mengamuk BTS Army! Reviewed by Hilal Azmi on November 21, 2019 Rating: 5

No comments