Home Top Ad

Cybertruck ni memang power, walaupun...

 

Elon Musk kacau pasaran truck pula. Pengenalan Cybertruck oleh Tesla ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi buatan kenderaan yang baru, namun pengasasnya, Elon Musk terus mengganggu pasaran automotif dengan pengenalan Cybertruck ini.

Walaupun ramai yang banyak bercakap atau mempersendakan cermin yang retak semasa demo kekuatan cermin Cybertruck itu, Musk dilihat tenang mengakui kelemahannya akan dibaiki.

Untuk pengetahuan semua, ia merupakan cermin kalis peluru yang dibuat khas daripada bahan logam yang katanya sama digunakan untuk membina roket Space X mereka.

Semua cermin kalis peluru akan retak apabila terkena impak tetapi peluru tidak tembus dan itulah yang ditegaskan Musk dan juga chief designer Cybertruck.

Apa yang menyebabkan Cybertruck ini kacau pasaran kereta? 

Harganya bermula pada USD$39,900, dan dianggap tidak mahal jika dibandingkan dengan truck yang normal seperti Ford F-150 Raptor, yang jualan bermula pada harga USD$52,855.

 

Dah la tak mahal, bahan yang digunakan untuk membina Cybertruck lebih dahsyat daripada truck lain di pasaran, ada pula autopilot dan ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Punya kuat Cybertruck ni, ia boleh menunda truck lain dengan enjin yang dikatakan mampu mencecah 800 hoursepower, dan ada model yang boleh digunakan sehingga 500 batu (804 kilometer) dengan satu caj.

Ini bermakna kita boleh guna Cybertruck ni untuk travel dari Kangar ke Batu Pahat (729 kilometer) sambil carry sebuah ATV Tesla di belakang.



Yang bestnya lagi Cybertruck ni, boleh pula caj ATV tu yang diletakkan di bahagian belakang truck itu. Mungkin kesilapan mereka membaling bearing besi itu ke cermin Cybertruck selepas melakukan beberapa pukulan pada pintu kereta itu dengan sledgehammer, tapi Cybertruck ni tetap hebat kalau nak dibandingkan dengan truck lain yang sedia ada.

Ada ke yang teringin nak beli Cybertruck ni? Kongsikan dengan kami.

Foto Cover: Tesla.com





Cybertruck ni memang power, walaupun... Cybertruck ni memang power, walaupun... Reviewed by Hilal Azmi on November 27, 2019 Rating: 5

No comments