Home Top Ad

Edisi khas Samsung Galaxy Note 10+ Star Wars


Samsung Electronics Co. Ltd. menghasilkan kolaborasi terbaharu yang menggabungkan dua galaksi - galaxy far far away dengan Samsung Galaxy - sempena kehadiran sekuel terbaharu francais filem epik angkasa, Star Wars: The Rise of Skywalker.

Samsung Galaxy Note 10+ edisi khas dan terhad ini menampilkan elemen rekaan serta kandungan digital diinspirasikan daripada dunia Star Wars.

Peranti model terbaharu keluaran Samsung yang diubah suai itu juga dilengkapi dengan case rekaan istimewa, lencana besi sebagai collector's item, sebatang S Pen, dan Galaxy Buds.

Kandungan digitalnya yang diisi dalam peranti itu pula adalah wallpaper, shutdown animation, icons dan bunyi-bunyian alam Star Wars (mungkin bunyi Lightsaber ignition, nafas Kylo Ren atau tembakan senjata laser. Cool!)



Bagaimanapun tuan-tuan dan puan-puan, Edisi Khas Galaxy Note 10+ Star Wars ini hanya dijual di beberapa negara terpilih iaitu Australia, Denmark, Hong Kong, Jerman, Korea, Norway, Rusia, Sweden, Turki, UAE, Finland, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada harga $1,299.99 bermula 13 Disember ini.

Hey Samsung, orang Malaysia pun ramai guna Samsung dan layan Star Wars, tau!

*Star Wars: Rise of Skywalker akan membuka tirainya di pawagam bermula 20 Disember 2019



Edisi khas Samsung Galaxy Note 10+ Star Wars Edisi khas Samsung Galaxy Note 10+ Star Wars Reviewed by Hilal Azmi on November 20, 2019 Rating: 5

No comments