Home Top Ad

Kami rasa Copa Gloro 20 ni sexy




Setiap tiga bulan, sudah pasti akan ada pack baru atau colorway baru bagi keluaran boot bola dan juga suka kasut larian.

Sekali terpandang, Adidas Copa Gloro 20 “Encryption Pack’ dianggap antara kombinasi warna dan tektur yang berkesan daripada jenama sukan Jerman itu.

Apa yang anda saksikan di atas ada Copa Gloro 20.2, ya bukan top premium 1st grade model dengan warna kelabu/perak/kuning solar dan dijual tidak begitu mahal (berpatutan la).


Reka bentuk moden estetik Copa diteruskan dengan lidah panjang yang boleh dilipat dengan getah untuk mengekalkan kedudukan lidah bagi menutup bahagian tali kasut yang diikat.

Kami pasti, Copa Gloro ini mengekalkan rasa memakai yang asal sejak keluaran edisi yang pertama lagi.

Jadi siapa yang berminat dengan boot yang dihasilkan kulit lembu yang premium (bahagian depan boot), ini antara yang terbaik dijual bawah harga RM480 sahaja.


Copa Gloro 20.1 hanya datang dengan warna perak berkilat dan lebih mahal, iaitu RM900.


Ada juga warna solar yellow dan sesuai bagi yang suka nampak gah di padang bola untuk menutup kelemahan bermain bola.

Mana satu pilihan anda? 20.1 atau 20.2? Kongsikan dengan kami.



Kami rasa Copa Gloro 20 ni sexy Kami rasa Copa Gloro 20 ni sexy Reviewed by Hilal Azmi on November 10, 2019 Rating: 5

No comments