Home Top Ad

Kemampuan Cybertruck dipertikai




Nampaknya Ford tak puas hati dengan Tesla apabila syarikat pembuat kereta elektrik itu menunjukkan Cybertruck keluaran mereka boleh mengalahkan truck buatan Ford.

Video tersebut ditayangkan semasa majlis pelancaran Cybertruck baru-baru ini, dan Naib Presiden Ford X, Sundeep Madra ajak lawan one on one dengan F-150 di hadapan mereka.

Sundeep melaungkan cabaran itu menerusi akaun Twitter-nya, dan lebih mengujakan, CEO Tesla, Elon Musk membalas tweet tersebut dengan 'Bring It On'.

Seriously? Ford nak lawan dengan orang yang mempunyai teknologi roket yang boleh dilancarkan dan mendarat semula dengan selamat? Ini yang kami tidak sabar ni.

Walaupun penerangan yang dibuat Musk nampak hebat, namun ramai yang mempertikaikan kemampuan sebenar Cybertruck vs Ford F-150 Raptor. Mereka anggap pertarungan dalam video yang menunjukkan F-150 ditunda Cybertruck tidak dilakukan dengan adil.

Mengapa?

Cybertruck adalah lebih berat terutama sekali di bahagian hujung belakang truck itu.

F-150 itu juga dilihat dipandu menggunakan mod 2-wheel drive dengan tayar yang agak uzur.
Tanpa bantuan tayar belakang dan axle depan berpusing tanpa kawalan, F-150 sudah pasti akan tumpas kepada Cybertruck yang menggunakan all-wheel drive dalam pertarungan itu.

Model dan kekuatan enjin Ford yang digunakan juga tidak diketahui dan mungkin tidak menggunakan model yang paling berkuasa tinggi truck keluaran Ford yang menggunakan 3.5L Ecoboost.

Selain itu, Cybertruck dilihat bergerak terlebih dahulu memberi kelebihan kepadanya untuk menghasilkan cengkaman yang lebih baik dan menggunakan cengkaman Ford.

Truck mana agaknya boleh menang dalam pertarungan yang bakal diadakan nanti?

Apa yang pasti, Tesla tidak perlu bergantung kepada pemandu berusaha keras untuk pertarungan itu kerana ia boleh berjalan dengan autopilot.

Kongsikan pandangan anda dengan kami.















https://techcrunch.com/2019/11/25/ford-vp-challenges-tesla-to-a-fair-f-150-vs-cybertruck-tow-battle/
Kemampuan Cybertruck dipertikai Kemampuan Cybertruck dipertikai Reviewed by Hilal Azmi on November 27, 2019 Rating: 5

No comments