Home Top Ad

Vans Tikaq Mengkuang karya terbaharu Pa'din Musa


Skateboarder kelahiran Pulau Pinang, Pa'din Musa sekali lagi membawa nama negara ke pentas dunia dengan kolaborasi terbaharu bersama Vans untuk menghasilkan koleksi yang diinspirasikan daripada tikar mengkuang. Nindia!



Tapi tuan-tuan dan puan-puan, koleksi ini bukan untuk jualan secara massa tetapi hanya satu penghasilan khas yang merangkumi sepasang kasut, beg dan plak sempena Vans Checkerboard Day. Pendek kata dia buat sepasang saja lah.

Koleksi itu sudah pun mula dibuka bidaan di laman eBay sejak 11 November dan akan dijual pada harga tertinggi apabila bidaan ditutup 21 November nanti. Ketika artikel ini ditulis, koleksi Tikaq Mengkuang Pa'din ini sudah dibida setinggi USD850 (RM3,530) selepas 68 bidaan. Fuh!



Keuntungan jualan koleksi ini kemudian akan disalurkan kepada dana Imagination.org, sebuah badan kebajikan yang bermatlamat memupuk kreativiti dan keusahawanan dalam kanak-kanak.

Usaha ini memang dibuat Vans setiap tahun pada Vans Checkerboard Day disambut pada setiap 21 November sebagai meraikan kreativiti dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Tahun ini mereka sasarkan USD 1 juta daripada hasil jualan global mereka untuk disedekahkan kepada Imagination.org.

Selain Pa'din, antara personaliti dunia papan selaju dan artis yang turut bersama menghasilkan koleksi khas demi usaha murni ini adalah Steve van Doran, Christian Hosoi, Geoff McFetridge, Kevin Peraza, Laurie Vincent, Hana Beaman, Brighton Zeuner, Ellen Rutt dan Nathaniel Russell.








Vans Tikaq Mengkuang karya terbaharu Pa'din Musa Vans Tikaq Mengkuang karya terbaharu Pa'din Musa Reviewed by Hilal Azmi on November 19, 2019 Rating: 5

No comments