Home Top Ad

Vape, e-cigarettes ni bagus, tapi...




Oleh Ian Johan Ariff

Rokok elektronik vape terus jadi isu. Itu keputusan masing-masing nak hisap apa tapi janganlah pertahan benda yang tak betul.

Rokok elektronik ni punya popular, sampai jadi trending berita satu syarikat rokok elektronik ataupun e-cigarettes nak stop operasi. OK lah, sedih sikit sebab ramai hilang kerja tapi ia bukan bermakna masalah selesai.

Saya memang anti-rokok (tembakau), siapa kenal dari dulu tahulah tapi e-cigarettes ni OK untuk yang nak 'berlatih' berhenti merokok, tapi teknologi itu sudah disalah guna, jadi perang salah guna ini saya perjuang.

Cukai perlu dikenakan bagi menampung kerosakan yang disebabkan produk itu, bukan semata-mata kerajaan nak untung. Cukai yang sama dikenakan terhadap rokok untuk tujuan sama.

Pernah tak kita terfikir, kenapa kita pilih untuk menagih sesuatu yang ternyata tidak memberi faedah kepada hidup kita?

Faedah itu bermakna memberi tenaga, khasiat dan tingkat kesihatan seperti makan buah dan minum air saderi. Banyak lagi perkara kita boleh buat daripada menghisap wap air.

Tapi takpa itu pilihan masing-masing dan perjuangan anti-rokok saya dari dulu adalah untuk mengurangkan jumlah perokok baru, bukan paksa perokok tegar berhenti tabiat mereka.

Tapi isu rokok elektronik dipertahan untuk tujuan mengekalkan jumlah penagih, is not cool.

Kalau semua berhenti merokok dan kemudian perlahan-lahan berhenti e-cigarettes pula, habis la bisnes produk tu kan? Jadi kenalah jadikan ia agenda wujudkan penagih baru.

Ketagihan rokok berhenti tapi ketagihan vape/rokok elektronik akan meningkat. 

Bagus ke tak bagus ni? Rokok stop, vape ON, jadi apa faedahnya? Kita bukan patut fokus kepada sihat atau tidak sihat sekarang, we have move on to another level jadi kita perlu fokus keburukan ketagihan kepada sesuatu produk yang tidak memberi faedah dalam hidup manusia.

Tapi bagus rokok elektronik ni, memang seperti kata salah seorang pakar rokok elektronik dari Universiti Patras, Greece, Dr Konstantinos Poulus, dimana jumlah perokok di negaranya dapat dikurangkan sehingga 32%.

OK, bagus tapi jumlah penagih rokok elektronik berapa pula peningkatannya? Kandungannya pula tidak ada kawalan dan juga ada menyebabkan kematian serta kerosakan tidak diambil pihak berkepentingan.

Inilah kegunaan rokok elektronik, untuk bantu perokok tegar berhenti merokok, bagus memang tak dinafikan, sokong 200% tapi kegunaannya disalah guna dan disasarkan kepada remaja pula.

Dan apa kata pakar perubatan, Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)?

“Rokok elektronik tidak bagus kepada remaja yang baru belajar merokok kerana ia boleh merosakkan paru-paru mereka.” (dari Berita Harian).

Siapa nak dengar kata pakar perubatan, sudah pasti lebih baik dengar cakap penjual, pemasar dan kawan-kawan. Ini perkara biasa dan itulah yang sama digunakan untuk orang jual dadah dan rokok.

Seperti peminat tegar bubble tea, Coke, sama saja, kata banyak gula boleh kena kencing manis tapi tetap minum. Itu pilihan masing-masing tapi janganlah sampai menunjukkan ia satu benda yang positif.

Ramai hilang kerja syarikat rokok elektronik henti operasi di Malaysia

Lebih 700 orang akan kehilangan mata pencarian tapi tak apa kerana syarikat itu akan terus mencari keuntungan di luar negara, PADU. UK dan Indonesia katanya. Jadi bossnya tetap OK.

Pilihan sudah dibuat, carry on with our life. Cakap banyak pun tak guna.

Komen, jangan tak komen.



Vape, e-cigarettes ni bagus, tapi... Vape, e-cigarettes ni bagus, tapi... Reviewed by Hilal Azmi on November 10, 2019 Rating: 5

No comments