Home Top Ad

Keluaran semula Adidas Predator Mania kali ini cukup kacak!


Buat sekian kalinya Adidas mengeluarkan but kegemaran ramai sepanjang zaman, tetapi kali ini ia cukup menepati citarasa yang dimahukan peminatnya.

Bahagian atas kulit warna merah kelabu, lacing senget, insang getah dan lidah trademarknya mengembalikan nostalgia mengingatkan kita kepada David Beckham.

Tuan-tuan dan puan-puan, ini dia keluaran khas & terhad Adidas Predator Mania yang dihasilkan semula sempena ulang tahun ke-25 but ikonik itu.

Keluaran kali ini hampir 'sebiji' macam keluaran asalnya yang kita lihat dahulu, cuma yang berbeza adalah bahagian atasnya diperbuat daripada kulit sintetik berbanding asalnya menggunakan kulit kangaroo, dan tapak moden Adidas Predator 19.

AMARAN! Gambar-gambar berikut mungkin mengundang 'dosa'. Cantik ya tuhan tak tau nak habaq.







Beliau dan Predator berpisah tiada.

Predator Mania adalah sejenis but yang memberi definisi kepada sebuah era, tak keterlaluan untuk saya katakan antara but terbaik yang pernah dihasilkan dari aspek rupa, pembuatan, nilai estetik dan pengaruhnya dalam dunia bola sepak.

Harganya £300 (sekitar RM1,600). Tengah fikir-fikir apa harta yang boleh dijual nak beli but ni.

Apa yang pasti, laki orang yang beli but ni akan cakap kat bini dia beli RM300 sahaja.

*Sumber foto dari Soccer Bible


Keluaran semula Adidas Predator Mania kali ini cukup kacak! Keluaran semula Adidas Predator Mania kali ini cukup kacak! Reviewed by Hilal Azmi on December 17, 2019 Rating: 5

No comments