Home Top Ad

Potongan 20% di Starbucks & Kenny Rogers Roaster untuk penumpang Malaysia Airlines


PERHATIAN untuk kalian yang menaiki Malaysia Airlines!

Selama setahun bermula 20 Disember 2019 hingga 20 Disember 2020, anda boleh menikmati potongan 20 peratus untuk semua Handcrafted Beverages (maksudnya yang dibuat di bar lah, bukan yang dah siap botol) dan semua hidangan ayam di Kenny Rogers Roasters.

Nikmat ini boleh dinikmati 48 jam sebelum dan selepas anda menaiki penerbangan Malaysia Airlines, DENGAN SYARAT tunjukkan boarding pass kalian ketika membuat pesanan di kaunter.

Dalam lingkungan masa dua hari itu, pergilah manfaatkan kelebihan ini di mana-mana cawangan Kenny Rogers dan Starbucks di seluruh Malaysia KECUALI di Genting Highlands dan Sunway Lagoon.



Ini adalah satu lagi bahagian daripada kempen Fly Malaysia yang dilancarkan awal tahun ini, yang mana menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin  May, "kami percaya bahawa Hospitaliti Malaysia bermula apabila penumpang membuat keputusan untuk Fly Malaysia (terbang bersama Malaysia Airlines) dan kami prihatin terhadap mereka sehingga ke destinasi pilihan mereka."

Ketahui apa lagi manfaat yang boleh kalian peroleh apabila terbang bersama Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.

Jangan lupa download aplikasi Malaysia Airlines, macam-macam tawaran hebat ada di dalamnya.


Potongan 20% di Starbucks & Kenny Rogers Roaster untuk penumpang Malaysia Airlines Potongan 20% di Starbucks & Kenny Rogers Roaster untuk penumpang Malaysia Airlines Reviewed by Hilal Azmi on December 24, 2019 Rating: 5

No comments