Home Top Ad

Azam Tahun Baru 2020 Yang Mudah Capai




Semua orang ingin lebih produktif serta lebih sihat dari segi mental dan fizikal menjelang tahun baru. Jadi pada awal tahun, ia menjadi kebiasaan apabila semua meletakkan azam tahun baru.

Namun apa yang anda sanggup lakukan demi mencapai azam-azam ini? Berikut adalah lima azam tahun baru efektif dan mudah dicapai.

1. Guna tangga dan bukan lif

Menaiki tangga adalah satu alternatif yang lebih sihat berbanding menggunakan lif. Menurut satu kajian oleh jurnal Physiology and Behavior, menaiki tangga bukan saja dapat membakar kalori namun juga menjadi ‘energy booster’ dalam memulakan hari anda!

2. Minum air masak

Elakkan minum air manis dan banyakkan minum air masak, terutama kepada mereka yang tidur kurang dari enam jam! Ini kerana hormon yang mengawal takungan air pada badan hanya dilepaskan dalam peringkat akhir tidur.

3. Membersihkan telefon bimbit anda sekali seminggu

Telefon bimbit anda mempunyai 10 kali ganda bakteria berbanding mangkuk tandas, lagi-lagi bagi mereka yang sering membawa telefon ke tandas (kami pun sama). Menurut ahli penyelidik Britain, terdapat sampel E. coli dijumpai pada telefon bimbit, jadi gunalah anti-septik bagi membersihkan kekotoran pada telefon bimbit anda.

4. Kemaskini almari dengan menderma pakaian yang tidak lagi diingini

Barang lama anda mungkin lebih bermakna kepada orang lain, jadi bagi mereka yang susah nak lupakan pakaian-pakaian lama yang sudah tidak boleh muat, fikirkanlah mereka yang lebih memerlukan. 

5. Membuat setiap perkara satu-persatu

Melakukan lebih daripada satu perkara pada satu masa tidak bermaksud anda lebih produktif, malah boleh menambahkan beban dan menyebabkan tekanan. Fokus pada satu perkara dahulu sebelum fikirkan perkara lain, ia membolehkan anda memberi yang terbaik kepada setiap tugasan.

Photo source: Ajar.com.my
Azam Tahun Baru 2020 Yang Mudah Capai Azam Tahun Baru 2020 Yang Mudah Capai Reviewed by Hilal Azmi on January 07, 2020 Rating: 5

No comments