Home Top Ad

Berenang Dengan ‘Brother Shark’ dekat Pulau Payar


Apa yang best bersnokel di Pulau Payar, Langkawi?

Kemungkinan besar anda boleh selam bersama ‘brother shark’ ataupun ikan yu atau jerung sirip hitam ini.

Nak sampai Pulau Payar kena naik bot dari jeti Kuah, dan perjalanan makan lebih kurang sejam.

Sebelum pergi ke Pulau Payar, tak sangka pula jerung akan datang melawat. 

Takda orang yang kata ada ikan yu atau jerung dekat situ dan tak pernah pula terfikir jerung akan datang ke perairan yang lebih cetek.

Mula-mula terjumpa beberapa ekor jerung sirip hitam yang kecil pada waktu pagi, tapi pada tengah hari, jerung dewasa mula berenang ke arah pengunjung di Pulau Payar.

Dalam hati kata jangan panik! Tapi sebenarnya terkejut juga terserempak dengan jerung dewasa tu.




Namun yu sirip hitam ataupun Carcharhinus melanopterus ini ‘jarang’ mengancam manusia.

Tapi kadang-kadang ia tersilap gigit kaki manusia ketika lapar memburu ikan yang lebih kecil di perairan yang cetek.

Disebabkan spesis ini lebih suka berenang di perairan pantai yang cetek, memang ia akan berenang sehingga ke tepi pantai terutama sekali apabila ada 'makanan' disediakan untuknya.

Sedihnya, jerung sirip hitam ini disenaraikan sebagai hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Mana taknya, jerung ini diburu untuk mendapatkan siripnya, ada yang makan ikan yu ni dan juga tangkap untuk membuat minyak hati ikan (squalene).

Jerung betina spesis ini pula hanya melahirkan dua hingga lima ekor anak setiap dua tahun.

Namun setakat ini jerung ini bukan spesis penting secara komersil. 

Apapun ia satu pengalaman yang amat berharga untuk saya dan keluarga saya melancong ke Pulau Langkawi.

Tak rugi.

Pernah nampak jerung dekat pantai? Kongsikan cerita anda dengan kami.

Berenang Dengan ‘Brother Shark’ dekat Pulau Payar  Berenang Dengan ‘Brother Shark’ dekat Pulau Payar Reviewed by Hilal Azmi on January 03, 2020 Rating: 5

No comments