Home Top Ad

Cikgu Cynthia & Cikgu Cherish ajar loghat Cina




Tidak lama lagi kalendar Cina akan bertukar tahun, dan tiba masa mereka menyambut ketibaan Tikus Logam. Pusat beli belah pun sudah dihiasi bunga sakura dan binaan pagoda, ertinya sekali lagi cuti panjang buat Malaysia.

Ada kawan-kawan Cina kita pasti mengadakan rumah terbuka menjemput kita meraikan bersama mereka. Datang takkan makan sahaja tak sembang, kan?

Saya percaya hubungan antara manusia tak kira dari mana datangnya dapat lebih didekatkan dengan bahasa. Bangsa menunjukkan bangsa, dan bangsa Malaysia adalah definisi bangsa berkongsi kurang dan lebih yang dimiliki setiap anggotanya.

Pedulikan polemik tulisan Jawi yang dijadikan isu besar oleh sekelompok manusia egois. Kalau anda selalu ingin tahu dan faham erti ilmu, apa bentuk dan asalnya pun sudi dihadam.

Sempena Raya Cina kali ini, Kelas Loghat menjemput dua tenaga pengajar berbangsa Tionghua yang cantik jelita, Cynthia Ng dan Cherish Leow.

Cynthia si personaliti Awani lidah ibundanya Kantonis. Tapi pertuturan seharian dengan keluarga rapatnya bercampur-campur bahasa Kanto, Melayu dan Inggeris. 

Cherish pula memang guru cemerlang. Di rumah, tukang jual Awani ini bertutur dalam Mandarin dan sedikit campuran bahasa-bahasa Malaysia, juga fasih dalam Kantonis dan Hokkien. 

Sebelum bercuti raya, sempat mereka merakam satu sesi kelas dengan RancakTV. Banyak perkataan yang kita pernah dan mungkin selalu dengar, tapi tak semua tahu maksudnya. Seperti:

Chi sin -  gila
Ga yao - selamat maju jaya!
Yao mao gao cho - Serius lah?

Banyak lagi perkataan yang Cikgu Cynthia & Cikgu Cherish ajar dalam Kelas Loghat istimewa Tahun Baharu Cina ini. Tontonlah rakaman kelas mereka di sini:




Kelas Loghat ini dibawakan kepada anda percuma untuk semua lapisan masyarakat. Moga membawa manfaat.

Selamat Tahun Baharu Cina. Kong Hei Fatt Choi. Gong Xi Fa Chai. Hokkien saya tak tahu.

- Israr Khalid

Cikgu Cynthia & Cikgu Cherish ajar loghat Cina Cikgu Cynthia & Cikgu Cherish ajar loghat Cina Reviewed by Hilal Azmi on January 23, 2020 Rating: 5

No comments