Home Top Ad

Gagak ada kepintaran persis manusia


Ramai benci gagak. Selalu dikaitkan dengan benda kotor, jijik dan jahat. Kesian gagak.

Banyak ceritanya pasal unggas bernama gagak ini. Biarpun imej hitamnya tidak disenangi manusia, sebenarnya gagak adalah antara haiwan paling pintar di dunia.

Mereka pandai menggunakan peralatan untuk menyelesaikan masalah harian mereka, terutamanya untuk memenuhi perut mereka. Gagak juga memiliki perilaku sosial yang kompleks. Kecerdikan mereka seakan-akan manusia.

Seperti manusia, gagak juga diketahui suka menyakat. Ada satu kajian oleh ahli zoologi University of Vermont, Bernd Heinrich mendapati, seekor gagak telah memperdaya seekor lagi gagak lain supaya mencari makanan dalam bekas yang sebenarnya kosong, sementara dia terbang dengan hati yang girang ke bekas yang penuh dengan makanan.

Gagak juga haiwan yang pendendam. Dalam kajian selama lima tahun yang dijalankan John Marzluff dari University of Washington, gagak boleh mengingat 'manusia bahaya' dan berkebolehan berkongsi maklumat itu dengan ahli keluarga mereka serta gagak lain sebagai peringatan.

Jaga-jaga manusia. Hangpa tak cerdik mana pun


"Kerana perlakuan manusia yang selalu mengancam haiwan, mempelajari secara sosial tentang tabiat seseorang individu adalah satu kelebihan yang dimiliki gagak," katanya.

Gagak hidup berkeluarga, dalam kawanan dua hingga 15 ekor dan mereka mempunyai dialek tersendiri sesama ahli keluarga!

Kisah dongeng yang mengaitkan manusia dengan burung gagak ini sejak sekian lama diceritakan. Kisah anak-anak Nabi Adam, Qabil yang membunuh adiknya, Habil diriwayatkan dalam Al-Quran di mana Qabil belajar daripada gagak cara untuk mengebumikan jasad yang telah mati.

Gagak juga diceritakan dalam Injil, menjadi utusan Nabi Nuh untuk mencari dataran yang selamat untuk bahteranya mendarat selepas peristiwa banjir besar.

Ceritanya meluas daripada hikayat mitos hingga ke kisah spiritual. Kewujudan gagak sebenarnya cukup simbolik dalam kehidupan manusia. Ia haiwan yang istimewa.



Gagak ada kepintaran persis manusia Gagak ada kepintaran persis manusia Reviewed by Hilal Azmi on January 16, 2020 Rating: 5

No comments