Home Top Ad

Hujan Meteor 2020!



Langit kita akan dihiasi hujan meteor Quadrantids, hujan meteor paling terang tahun ini pada 4 hingga 5 Januari 2020.

Masa puncak untuk melihat dengan mata kasar hujan meteor ini ialah dari pukul 11 malam hingga 5 pagi, malam ini.

Fenomena tahunan ini berlaku akibat saki-baki komet serta asteroid yang ditinggalkan dan merentasi langit bumi sebagai hujan meteor.

Kepada mereka yang ingin melihat hujan meteor pada malam ini, anda dinasihatkan untuk keluar dari kawasan bandar, baring melintang menghala timur laut dan biasakan mata anda dalam gelap selama 30 minit.

Kawasan-kawasan yang dapat menikmati hujan meteor Quadrantids ialah:


Johor - Mersing, Pulau Redang
Selangor - Sekinchan, Broga Hill, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam
Sabah - Kudat, Kota Belud, Tanjung Simpang Mengayau
Melaka - Pantai Pasir Klebang
Pahang - Pulau Tioman, Cameron Highlands
Terengganu - Pulau Gem
Penang - Pantai Malindo
Negeri Sembilan - Kampung Teluk Pelanduk, Seremban

Photo Source: teknoratz.com
Hujan Meteor 2020! Hujan Meteor 2020! Reviewed by Hilal Azmi on January 04, 2020 Rating: 5

No comments