Home Top Ad

Manchester United bakal hilang status kelab terkaya di Premier League?





Manchester United bakal hilang status kelab terkaya di Premier League?

Itulah laporan yang dikeluarkan Deloitte's Football Money League baru-baru ini.

Peningkatan Liverpool, Manchester City dan Tottenham Hotspur antara punca kejatuhan The Red Devils.


Pendapatan meningkat musim lepas namun dijangka menurun kepada £560-£580 juta.

Penurunan bakal berlaku jika United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Barcelona memintas kedudukan Real Madrid selaku kelab paling banyak hasil pada musim lepas.


Apa rahsia Barcelona kekal dalam Top 2?

Barcelona mengendali semua aspek barangan kelab itu dan juga aktiviti pelesenan.

Menurut laporan Deloitte, Barcelona bersedia menghadapi perubahan dalam pasaran bola sepak.

Barcelona juga mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan daripada penyiaran.

Kelab Catalan itu juga memberi fokus sepenuhnya kepada keuntungan yang mampu dijana sendiri.

Deloitte menjangka Barcelona menjadi kelab pertama mencatat pendapatan 1 bilion euro (RM4.5 bilion) musim depan.

Dalam perkembangan lain, pendapatan Tottenham Hotspur meningkat 21% kepada RM2.43 bilion.

Hasil meningkat daripada sumber pengiklanan, perpindahan ke stadium baharu dan penyiaran kejayaan kelab itu mara ke final UCL.

Berikut 10 kelab bola sepak dengan pendapatan tertinggi bagi musim 2018/19

10. Juventus £405.2 ataupun RM2.14 bilion (RM1.85 bilion)

9. Chelsea £452.2 ataupun RM2.39 bilion (RM2.37 bilion)
8. Tottenham £459.3 ataupun RM2.43 bilion (RM2.01 bilion)
7. Liverpool £533 ataupun RM2.82 bilion (RM2.41 bilion)
6. Manchester City £538.2 ataupun RM2.85 bilion (RM2.66 bilion)
5. Paris St-Germain £560.5 ataupun RM2.97 bilion (RM2.54 bilion)
4. Bayern Munich £581.8 ataupun RM3.08 bilion (RM2.95 bilion)
3. Manchester United £627.1 ataupun RM3.32 bilion (RM3.12 bilion)
2. Real Madrid £667.5 ataupun RM3.53 bilion (RM3.52 bilion)
1. Barcelona £741.1 ataupun RM3.92 bilion (RM3.24 bilion)

Sumber: Deloitte, BBC Football. Foto sumber: Sky Sports


Manchester United bakal hilang status kelab terkaya di Premier League?  Manchester United bakal hilang status kelab terkaya di Premier League? Reviewed by Hilal Azmi on January 16, 2020 Rating: 5

No comments