Home Top Ad

Asal usul kopi (bahagian 1): Kambing Ligat, Kopi Ditemui



Legenda sejarah kopi dikatakan berakar dari kurun ke-9 apabila seorang pengembala kambing di Ethiopia, Kaldi menyedari kambingnya menjadi ligat semacam selepas memakan sejenis beri.

Selepas dia sendiri memakan dan merasai kesan aktif daripadanya, Kaldi cukup teruja dan membawa pulang beri tersebut kepada seorang sufi di biara berdekatan. Malangnya ia ditolak oleh sufi itu yang kemudian mencampakkan beri-beri pemberian Kaldi ke dalam unggun api.

Apabila dibakar, bauan yang terhasil membangkitkan deria mereka yang berdekatan. Lalu beri-beri tersebut diangkat semula dari api, dikisar kemudian direbus, maka terhasillah secawan kopi yang pertama di dunia.


Asal usul kopi (bahagian 1): Kambing Ligat, Kopi Ditemui Asal usul kopi (bahagian 1): Kambing Ligat, Kopi Ditemui Reviewed by Hilal Azmi on March 15, 2020 Rating: 5

No comments