Home Top Ad

Asal usul kopi (bahagian 2): Jumpa Kopi Selepas Dibuang Negeri



Ada satu lagi legenda mengatakan kopi berasal dari tanah Arab.

Menurut manuskrip Abd-Al-Kadir, seorang warak bernama Sheikh Omar dari Mocha, Yaman dibuang negeri ke sebuah gua di Wusab.

Kebuluran, Omar mengunyah beri yang ditemui di belukar berdekatan tetapi mendapati rasanya pahit. Kemudian ia cuba dibakar dan direbus untuk menambah baik rasanya, lalu menghasilkan cecair gelap beraroma. 

Dengan meminum cecair itu, Omar menjadi segar dan dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa hari.

Berita tentang ‘ubat ajaib’ itu akhirnya sampai ke Mocha, dan Omar dipanggil pulang lalu disanjung rakyat tempatan.



Asal usul kopi (bahagian 2): Jumpa Kopi Selepas Dibuang Negeri Asal usul kopi (bahagian 2): Jumpa Kopi Selepas Dibuang Negeri Reviewed by Hilal Azmi on March 16, 2020 Rating: 5

No comments