Home Top Ad

Bell bukan pertama mencipta telefon



Alexander Graham Bell bukanlah manusia pertama yang mencipta telefon.

Sebenarnya Bell merupakan antara beberapa orang yang mengusahakan idea ciptaan alat komunikasi itu pada waktu yang sama, dan dia menjadi yang pertama mempatenkan ciptaan tersebut.

Menurut laporan The Guardian, para sejarawan dan komuniti Amerika berdarah Itali memenangi kes dan berjaya memujuk Washington untuk mengiktiraf genius bernama Antonio Meucci sebagai bapa komunikasi moden, 113 tahun selepas kematiannya.

Meucci mendemonstrasikan ciptaannya 'teletrofono' di New York pada 1860, lebih awal 16 tahun daripada tarikh Bell mempatenkan idea ciptaan alat itu.
Bell bukan pertama mencipta telefon Bell bukan pertama mencipta telefon Reviewed by Hilal Azmi on March 17, 2020 Rating: 5

No comments