Home Top Ad

COVID-19: Pelancaran jersi Gremio bakal ditangguh



Kelab bola sepak Brazil, Gremio dilaporkan mahu menangguhkan pelancaran kit bagi musim baru 2020 yang sepatutnya diadakan pada penghujung Mac.

Menurut laporan Footy Headlines, akhbar Globo Esporte, kelab dari Porto Alegre sedang mengadakan perbincagan dengan penaja kit mereka Umbro mengenai perkara itu.

Punca penangguhan sudah pasti akibat pandemik COVID-19 ataupun coronavirus ini. 

Semua foto dari FootyHeadlines.com

Jumlah kes yang terus meningkat di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak termasuk pengurusan bola sepak di negara itu.

Kemungkinan besar majlis pelancaran tidak akan diadakan dan peminat boleh membeli terus jersi baru itu secara online.


COVID-19: Pelancaran jersi Gremio bakal ditangguh COVID-19: Pelancaran jersi Gremio bakal ditangguh Reviewed by Hilal Azmi on March 24, 2020 Rating: 5

No comments