Home Top Ad

Ini 4 Individu Yang Patut Pakai Topeng




Permintaan yang tinggi topeng hidung dan mulut sangat tinggi sampai habis di pasaran dan ada yang ambil kesempatan untuk jual dengan mahal, padahal dulu takda siapa pun nak beli.

Pembelian panik ini menyebabkan pihak berkuasa pun tak ada topeng ni dan tak sempat nak beritahu siapa yang sepatutnya pakai topeng ni.

Hah, ni ada seorang doktor jelaskan di astroawani.com.

Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril  dalam perkongsian di Instagram memberitahu bukan semua individu perlu memakai topeng muka.

Sebaliknya kata beliau, hanya mereka yang ada gejala pernafasan sahaja yang perlu memakai topeng muka.

Beliau berkata, hanya mereka yang tergolong dalam empat kumpulan seperti di bawah sahaja yang perlu memakai topeng muka.

Mereka adalah:

1. Petugas kesihatan yang mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan).

2. Petugas di barisan hadapan (polis, tentera).

3. Jika anda menjaga individu yang ada gejala pernafasan.

4. Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema).

"Orang ramai perlu perlu memahami bahawa pemakaian penutup muka dan hidung bertujuan untuk mengelakkan gejala pernafasan (batuk dan selsema) daripada tersebar kepada orang lain.

"Jadi nak pakai mask (topeng muka) silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yang tak pakai," katanya menerusi Instagramnya.


foto: @Instagram say_shazril

Ini 4 Individu Yang Patut Pakai Topeng Ini 4 Individu Yang Patut Pakai Topeng Reviewed by Hilal Azmi on March 25, 2020 Rating: 5

No comments