Home Top Ad

Inilah Api Keamanan


Taman Peringatan Keamanan Hiroshima dibina di lokasi yang dipercayai pusat letusan bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945, menyebabkan pulau itu menjadi padang jarak padang tekukur sekaligus memaksa Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Di dalam kompleks ini mempunyai beberapa monumen untuk memperingati detik hitam itu, antaranya monumen Api Keamanan.

Sejak dinyalakan pada 1964, api tersebut masih terus membakar, dan hanya akan dipadamkan apabila semua bom atom yang ada di dunia ini dihapuskan dan Bumi ini bebas daripada sebarang ancaman kemusnahan nuklear.
Inilah Api Keamanan Inilah Api Keamanan Reviewed by Hilal Azmi on March 10, 2020 Rating: 5

No comments