Home Top Ad

Mitos Pembunuh Virus Corona / Covid-19


Pada ketika dunia dalam perang melawan ancaman virus pembunuh, Covid-19 yang telah meragut lebih 4600 nyawa dan menjangkiti lebih 125,000 orang di serata dunia, warganet pula diancam segala berita palsu dengan sokongan fakta dan sains bukan-bukan.

Ada dalam kalangan mitos itu tidak memberi kesan secara langsung untuk membunuh virus covid-19 atau lebih dikenali sebagai Virus Corona dan ada juga yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia jika mengamalkannya.

Berikut adalah antara mitos-mitos yang disebarkan waraganet dan berjaya mendapat puluhan hingga ratusan ribu perkongsian, terutama melalui aplikasi permesejan WhatsApp dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

1. Makan bawang putih

Bawang putih tidak akan membunuh virus Corona walaupun ada yang menyatakan ia boleh mencegah Covid-19.

Namun bawang putih terbukti mempunyai kebaikan kesihatan dan ia juga mempunyai sifat mencegah bakteria dan virus (anti-microbial properties), namun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara realitinya tiada bukti bawang putih dapat mencegah Covid-19, .

2. ‘Mineral Ajaib’ dapat membasmi Covid-19

Bintang Youtube, Jordan Sather telah mendakwa bahawa mineral ajaib, ‘Magic Minerals’ atau lebih dikenali sebagai MMS, dapat membasmi virus Corona.

Ini juga satu berita palsu!

Sather mendakwa ia mengandungi klorin dioksida (chlorine dioxide) yang kononnya dapat membunuh sel-sel kanser.

Tahun lalu, FDA telah memberi amaran terhadap keburukan produk itu yang tiada bukti kebaikan terhadap kesihatan, tetapi hanya memberi kesan buruk seperti muntah, cirit-birit dan dihidrasi.

3. Resipi pencuci tangan pembasmi kuman buatan sendiri

Terbukti, orang ramai ketika ini sedang dalam panik, terutama rakyat di negara yang paling terjejas oleh Covid-19 seperti China, Itali, Iran dan Korea Selatan, dimana semua pencuci tangan pembasmi kuman di rak kedai kini kekurangan dan kehabisan stok.

Ini menjadikan warganet yang serba kreatif mengeluarkan resipi baharu yang menyerupai jenama-jenama terkenal produk pembasmi kuman, namun menurut saintis mengandungi jumlah alcohol yang terlalu tinggi bagi penggunaan untuk kulit manusia.

Resipi produk itu lebih sesuai digunakan bagi membersih permukaan peralatan lain, tetapi boleh menjadi berbahaya jika digunakan diatas permukaan kulit.

Oleh itu tiada resipi yang boleh dibuat di rumah, itu kata Sally Bloomfield, seorang profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine.

4. Minum air setiap 15 minit

Terdapat juga satu mitos yang menyatakan bahawa seorang doktor dari Jepun mendakwa meminum air setiap 15 minit dapat mengeluarkan virus tekak melalui sistem urinari.

Mitos itu telah tular di media sosial dan dikongsi lebih 250,000 kali.

Perkara ini telah terbukti tidak benar oleh seorang profesor di University Oxford, Trudie Lang yang menyatakan bahawa tiada bukti virus, terutamanya virus respiratori seperti Covid-19 dapat dikeluarkan dengan cara ini dan secara logiknya virus hanya dapat dilawan dengan sistem imun manusia sendiri.

5. Lebihkan suhu panas

Mitos bahawa suhu panas dapat membunuh virus Covid-19 sangat popular namun ia tiada bukti bahawa ia dapat membunuh virus itu.

Virus demam selesema biasa mungkin tidak boleh hidup lama di luar badan manusia ketika cuaca panas namun setakat ini, impak cuaca panas terhadap Virus Corona tidak dapat dipastikan.

Terdapat juga satu mesej palsu di Twitter yang dibuat menyerupai mesej daripada Unicef yang mencadangkan orang ramai untuk mengelak pengambilan makanan sejuk dan ais krim bagi mengelak penularan wabak itu.

sumber: BBC

Mitos Pembunuh Virus Corona / Covid-19 Mitos Pembunuh Virus Corona / Covid-19 Reviewed by Hilal Azmi on March 12, 2020 Rating: 5

No comments