Home Top Ad

Mozart, manusia pertama yang 'mencetak rompak'


Cetak rompak adalah pembunuh industri muzik. Hasil karya pemuzik disalin secara haram dan dijual untuk keuntungan sendiri. Pemain industri cukup benci dengan perbuatan ini.

Namun adakah perbuatan itu cukup untuk meruntuhkan reputasi Wolfgang Amadeus Mozart yang diketahui sebagai manusia pertama mencetak rompak? Sukar, kerana dia melakukannya dengan cukup elegan.

Miserere adalah sebuah nyanyian koir gereja yang ditulis oleh komposer Itali, Gregorio Allergi pada 1638. Vatican mahu menjaga kerahsiaan komposisi muzik itu maka salinan transkripsi untuk rujukan anggota koir adalah dilarang dan hanya dipersembahkan di Sistine Chapel seminggu sebelum perayaan Easter setiap tahun.

Selama lebih 130 tahun rahsia itu terjaga sehinggalah pada suatu hari Rabu di minggu sebelum Easter pada 1771, Mozart yang ketika itu berusia 14 tahun hadir ke Vatican untuk mendengar ‘Miserere’ dipersembahkan. 

Diceritakan, pada malam itu selepas Mozart pulang ke penginapannya, dia tidak tidur sebaliknya menulis semula setiap perincian yang dirakam dalam memorinya tadi, satu persatu.

Dikatakan juga, selang sehari kemudian dalam minggu yang sama, Mozart kembali ke Gereja St. Peter untuk mendengar semula komposisi eksklusif itu dan membandingkan nyanyian yang dipersembahkan dengan skor yang ditulisnya.

Kisah ini sukar untuk dianggap dongeng atau dibuat-buat kerana ada beberapa surat sokongan daripada ahli keluarga, memperakui peristiwa itu benar-benar berlaku. Kalau mahu dikatakan seluruh keluarga pakat berbohong, harus diingat bahawa Mozart mencipta komposisi muzik pertamanya, Minuet and Trio in G Major ketika berumur lima tahun.

Sambung cerita, satu ketika dalam kembaranya sekitar Eropah, Mozart bertemu dengan sejarawan British, Dr Charles Burnley lalu berkongsikan salinan Miserere kepadanya. Ia dibawa pulang Charles ke London dan menerbitkannya pada tahun sama. 

Tidak lama selepas itu, Mozart dipanggil ke Rom. Bagaimanapun bukan untuk dihukum, tetapi dianugerah pujian daripada Pope Urban VIII atas keunggulannya sebagai seorang pemuzik genius.

Lagunya berbunyi begini:


Persoalannya, macam mana dia boleh ingat sebiji-sebiji setiap nota lagu ini? Gila genius.


Mozart, manusia pertama yang 'mencetak rompak' Mozart, manusia pertama yang 'mencetak rompak' Reviewed by Hilal Azmi on March 23, 2020 Rating: 5

No comments