Home Top Ad

‘Mudahnya’ cara Korea Utara tangani COVID-19


Ketika negara-negara yang diserang wabak dahsyat terkini COVID-19 berhempas pulas mencari jalan semurni mungkin untuk merawat pesakit dijangkiti, Korea Utara mengambil satu langkah ekstrim menanganinya - tembak mati.

Tidaklah mereka menembak mati kesemua pesakit, tetapi seorang individu yang dikuarantin kerana melanggar arahan perintah berkurung dikeluarkan oleh kerajaan negara pemerintahan tentera itu.

Pada 13 Februari tempoh hari, New York Post ada mengeluarkan satu artikel melaporkan seorang pegawai Korea Utara dijangkiti wabak itu selepas pulang dari China lalu dikuarantinkan. Katanya, pegawai tersebut berkeras tetap mahu menggunakan tandas awam walaupun dilarang keluar dari kawasan kuarantin itu. 

Ketika berlari cuba melepasi kawalan, tak sempat sampai ke tandas dia ditembak mati. Habis cerita. Macam itu sahaja. Gila.

Di bawah pemerintahan Pemimpin Ulung Korea Utara, Kim Jong-un, beliau berjanji bahawa sesiapa yang meninggalkan proses kuarantin koronavirus tanpa kebenaran daripada mana-mana pegawai mereka akan dihukum bunuh di situ juga apabila terkantoi. Bukan sahaja sebagai langkah barbarik, tetapi katanya mereka mahu menyembunyikan kecacatan mereka daripada diketahui dunia. Macam biasa lah.

Negara kita tak terkecuali daripada dihantui wabak yang juga dikatakan sebagai satu lagi senjata perang Amerika untuk meranapkan kebangkitan mendadak ekonomi Timur dikepalai oleh China. Ada kemungkinannya, saya tak suruh percaya. Tapi nilailah dengan bacaan akal halus dan kata naluri. Baru kelmarin diumum kesemua 22 kes sudah pulih sepenuhnya, dikhabarkan datang gelombang kedua apabila ada empat kes baharu dicatatkan.

Kita berdoa kepada Tuhan agar tanah air bertuah ini sentiasa dilindungi malapetaka. Teruskan menjaga kebersihan diri, cuci tangan sebelum makan, batuk tutup mulut atau seeloknya pakailah topeng, dan jangan meludah sesuka hati di tempat awam. Takut tersalah ludah, naya.
‘Mudahnya’ cara Korea Utara tangani COVID-19 ‘Mudahnya’ cara Korea Utara tangani COVID-19 Reviewed by Hilal Azmi on March 02, 2020 Rating: 5

No comments