Home Top Ad

Patut la teknologi cantik...


Hedy Lamarr (9 Nov 1914) merupakan pelakon Austria-Amerika yang suatu ketika pernah dianggap sebagai wanita tercantik di dunia.

Dia juga merupakan seorang saintis tanpa tauliah formal yang hobi masa lapangnya adalah mereka cipta. Antara ciptaannya adalah tablet boleh larut menjadi air berkarbonat, juga teknologi ‘frequency-hopping spread spectrum’ yang mampu mengekang torpedo kawalan radio daripada dikesan atau dipintas semasa awal Perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun ciptaannya itu terlalu ke depan dan sukar untuk direalisasikan pada ketika itu, juga Angkatan Tentera Laut AS (US Navy) enggan mempertimbangkan ciptaan itu memandangkan ianya datang dari orang bukan tentera.

Hanya pada 1962, teknologi itu yang telah dikemaskini diterapkan pada kapal-kapal Navy. Teknologi itu seterusnya dikembangkan dan menjadi asas kepada teknologi Bluetooth dan WiFi yang dipakai hari ini.

Selepas kematiannya pada 19 Januari 2000, nama Lamarr diangkat dalam National Inventors Hall of Fame. Sepanjang hidupnya, apa yang diharapkan adalah dunia menghargai akalnya daripada wajah jelitanya semata-mata.

Patut la teknologi cantik... Patut la teknologi cantik... Reviewed by Hilal Azmi on March 08, 2020 Rating: 5

No comments