Home Top Ad

Pope paling sempoi



Pope Francis dianggap sebagai antara Pope paling 'sempoi' antara Pope-Pope sebelumnya. Dilahirkan dengan nama Jorge Mario Bergoglio, beliau adalah pemegang ijazah Sarjana dalam bidang Kimia.

Semasa mudanya, Pope Francis pernah bekerja sebagai seorang 'bouncer' di sebuah kelab malam di kota kelahirannya, Buenos Aires.

Ketika lawatan ke Washington D.C. pada 2015, beliau menolak jemputan makan tengahari daripada para pegawai tertinggi kerajaan A.S. untuk dapat bersama makan tengahari dengan para gelandangan.

Beliau amat meminati karya J.R.R. Tolkien, dan pernah memetik cerita pengembaraan watak utama dalam novel 'The Lord Of The Rings', Bilbo dan Frodo Baggins dalam ceramahnya.

Pope Francis juga amat cintakan bola sepak, dan merupakan seorang penyokong tegar kelab Argentina, San Lorenzo.
Pope paling sempoi Pope paling sempoi Reviewed by Hilal Azmi on March 09, 2020 Rating: 5

No comments